Jongkong Emas Poh Kong 10 gram.
Kali pertama saya membeli emas jongkong
ialah pada tahun 2016. Ketika itu, saya membeli emas jongkong Poh Kong seberat
10 gram dengan harga RM1660 atau jatuh RM166 segram. Saya beli emas jongkong
ketika ini pun sekadar ikut-ikutan kerana pembacaan saya dalam internet
mengenai pelaburan emas.
Selepas membeli emas jongkong ini, saya
terasa menyesal. Rugi pun ada. Bukan apa. Lepas beli terus simpan dalam laci.
Orang kata duduk ‘sekun’ dalam laci. Saya tidak lagi membeli emas ketika itu.
Saya beranggapan ini kali pertama dan kali terakhir saya membeli emas jongkong.
Ada baiknya saya menyimpan duit saya dalam akaun pelaburan. Rasa rugi pun ada
selepas membeli emas jongkong ini. Tambahan pula promoter kedai emas tersebut
memberitahu kepada saya bahawa pelaburan emas mengambil masa 2-3 tahun dan
bukannya 2-3 bulan.
Namun, setelah tiga tahun berlaku, rasa
menyesal ini telah bertukar berasa untung membeli emas. Baru-baru ini (Oktober
2019) saya sengaja ke kedai emas Poh Kong dan buat-buat tanya harga emas
semasa. Terkezut I apabila promoter kedai emas itu memberitahu kepada saya bahawa
harga semasa emas jongkong sekarang ialah RM263 segram! Ini bermakna harga emas
telah naik hampir RM100 segram dalam masa 3 tahun!
Dengan kata lain, emas yang saya beli
RM1660 dahulu telah berharga RM2630 sekarang! Manakala harga belian emas
(spread) ialah sekitar RM185 segram. Kiranya saya masih boleh membuat untung
jika saya menjual emas ini yang dibeli 3 tahun yang lalu.
Kita sukar untuk menyimpan emas kerana
sejak dari kecil lagi dan apatah lagi masyarakat kita menggunakan wang dalam
urusan jual beli seharian dan bukannya wang sunnah ini. Sudah tentu agak sukar
bagi diri kita untuk menyimpan emas. Kadang-kadang terlintas juga dalam hati ‘buat
membazir aje membeli emas’.
Keterujaan saya untuk menyimpan emas kini
bermula semula. Saya tahu di luar sana sudah ada yang kaya-raya dengan emas.
Satu lagi yang saya suka harta pusaka sepanjang zaman ini ialah emosi kita akan
susah untuk membazir apabila menyimpan emas. Sebenarnya, terdapat perbezaan
besar antara emas dan duit. Nikmat emas apabila kita menyimpannya manakala
nikmat duit ialah apabila kita membelanjakannya.
Apakah pilihan anda?
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment