Pembentangan Seminar Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (MKM)
Alhamdullilah, saya telah selesai membuat
Candidature Defence (CD) (atau viva) untuk Ijazah Sarjana Sejarah Malaysia di Universiti
Malaya pada 18 September 2019 yang lepas. Dan dengan ini secara tidak rasminya,
saya telah selesai memenuhi syarat-syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana
Sejarah Malaysia di Universiti Malaya setelah berhempas-pulas sejak September
2017 yang lalu.
Kiranya saya mengambil masa 5 semester
jugalah untuk menghabiskan master sejarah Malaysia ini. Itu pun dah kira cepat
sebab saya membuat viva pada awal semester ini (semester 5). Paling cepat
kursus ini orang habiskan ialah selama 3 semester. Dan paling lama ialah tak
habis-habis kerana had untuk menghabiskan master ini ialah selama 10 semester
atau 5 tahun sahaja (termasuk kelas 1 tahun atau 2 semester) dan akhirnya tempoh
pencalonan master ditamatkan begitu sahaja.
Memang diakui bahawa ramai yang sangkut
atau kantoi membuat master sejarah malaysia ini kerana tidak dapat menyiapkan
tesis dalam tempoh selama 8 semester yang diberikan. Sebenarnya, jika ingin
membuat tesis kita perlu mengetahui sumber apa yang mudah untuk dicari ataupun
orang masih belum gunakan. Perkara ini kita boleh buat dengan membuat
penyelidikan di Arkib Negara dan bandingkan kertas-kertas kerja atau kajian
orang yang telah buat. Saya yakin masih banyak bidang belum orang terokai dan
disiplin ilmu sejarah ini adalah amat-amat luas untuk dibuat kajian.
Berbalik kepada tadi iaitu bagaimana untuk
menghabiskan master sejarah malaysia ini dalam tempoh 3 semester. Caranya mudah
sahaja iaitu anda perlu mulakan kajian tesis anda sejak semester pertama lagi.
Memang diakui cara ini adalah sukar untuk dilakukan kerana ditambah lagi dengan
assignment kelas yang pensyarah
berikan. Jika anda membuat master ini secara full time, saya percaya anda boleh siapkan dalam masa 3 semester.
Kepada Anda yang masih berminat untuk mengambil
master sejarah malaysia di Universiti Malaya ini, cepat-cepatlah mendaftar di
universiti ini secara online. Kemasukannya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja
walaupun ijazah pertama anda ialah bukan bidang sejarah malah ijazah pertama
dalam bidang sains sekalipun macam saya boleh menyambung master sejarah ini di
Universiti Malaya. Gunakan peluang sementara masih ada untuk menyambung
pelajaran anda.
Wallhua’lam.