Friday, May 27, 2016

Singgah Zamnewsroom Cafe


Alhamdullilah, setelah hanya melihat cafe milik Tokoh Wartawan Negara dalam blog beliau, saya berkesempatan untuk singgah di café beliau - Zamnewsroom Café di Putrajaya hari ini.
 
Saya mengambil kesempatan ini untuk membeli buku beliau iaitu 'Mahathir Bukan Kawan Saya' yang berserta dengan autograph beliau sekali.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tercapai juga melihat café ini secara live sepertimana dalam blog Zamkata
 

Saturday, May 21, 2016

Komen Pembaca 'Rahsia Simbol Yahudi'


"Buku paling teruk pernah aku baca.seolah-olah ditulis oleh orang Islam yang paranoid dengan Yahudi.perlu diketahui ada perbezaan antara Yahudi dan Zionis.jangan pukul rata.Apa motif penulis menulis buku ini?bagi aku kita tak perlu takut dengan simbol-simbol mereka baik benar atau hanya spekulasi.akan tetapi yang benar-benar membuatkan aku memberi satu bintang ialah sumber rujukan penulis.tak pernah sepanjang aku membaca buku penulis memberi sumber bab demi bab semuanya daripada internet.bukan perkecil kesahihan internet tetapi kalau 90% daripada wikipedia apa guna ditulis buku?walau mungkin wujud kebenaran dalam perkara yang ditulis tetap aku kecewa dengan kesungguhan penulis menulis buku." Eimad, goodreads.com

Komen Saya :

Saya pernah terjumpa buku ini di kedai buku tetapi tidak membelinya. Saya hanya membelek-belek sahaja buku ini. Dan apa yang melucukan ialah apabila melihat bahagian rujukan buku ini yang rata-ratanya berpandukan sumber daripada wikipedia semata-mata. Dalam penulisan sebenarnya, kita tidak boleh mengambil sumber rujukan melebihi sebanyak 30 peratus sebagai penulisan kita. Memang benar kata-kata komen ini kerana lebih 90 peratus diambil oleh Ibnu Yaacob untuk menulis buku ini bersumberkan Wikipedia. Sudah tentu ia menjadikan penulisan buku kurang berkualiti dari segi ilmiahnya.

Sekadar Renungan


Ingin bahagia - Sembahyang awal waktu

Ingin sihat - Berpuasa

Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah al-Quran

Ingin wajah berseri - Dirikan solat tahajud

Ingin kaya - Amalkan Solat dhuha

Apabila dihimpit masalah - Beristighfarlah

Apabila berdukacita - Berdoalah

Apabila inginkan keberkatan - Berselawatlah


Friday, May 20, 2016

Mutiara Kata


"Dr. Mahathir tetap menjaga kepentingan golongan peniaga walaupun iklim politik sentiasa bergelora pada zamannya."
 
Shahbudin Hussin

Tuesday, May 17, 2016

Wahyu daripada Allah, Wahyu daripada Syaitan

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang dalam hidup kita berlaku keajaiban yang melampaui sempadan akal fikiran kita. Saya rasa anda juga pernah merasakan perkara ini hidup sepanjang hidup anda.
 
Jika nabi dan rasul, ia dikenali sebagai mukjizat. Mustahil mukjizat boleh berlaku pada zaman ini kerana nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kita sejak 1,400 tahun yang lepas.

Perkara ini juga sinonim dengan perkara-perkara seperti keramat, wali, dan sebagainya. Persoalannya bagaimanakah kita ingin mengetahui sesuatu yang terjadi itu memang sebenarnya perkara yang benar dan bebas daripada pengaruh syaitan, sihir, dan sebagainya?

Haruslah kita fahami bahawa perkara-perkara keajaiban ini berlaku tanpa ada sebarang usaha. Ianya tiada sebarang ikhtiar seperti bomoh-bomoh atau pawang-pawang yang membaca jampi serapah untuk melakukan sesuatu perkara. Dengan kata lain, wahyu dari Allah s.w.t. ini adalah di luar ikhtiar kita sendiri.

Seterusnya, wahyu dari Allah s.w.t. ini juga datang kadang-kadang. Ianya tidak akan datang secara waktu tertentu secara khusus sama ada setiap minggu, bulan, atau sebagainya.

Jika ada tanda-tanda seperti ini, yakinlah bahawa wahyu tersebut adalah dari Allah s.w.t. apabila ia menjelma dalam hidup kita.

Wallhua’lam.

 

http://wankamarul701.blogspot.my
 

Mutiara Kata

 
 
"Dr. Mahathir merupakan ketua oligarki yang mempunyai kekuatan yang luar biasa."
Zaid Ibrahim

Friday, May 13, 2016

Design Kulit Buku DBP Kurang Menarik?

"Jangan ikut kulit-kulit buku DBP yang muram, malap dan compang-camping itu. Buku-buku DBP, apabila disusun, design dan warna kulit-kulitnya akan memalapkan suasana dalam kedai buku."
 
ainonmohd.blogspot.com


Wednesday, May 11, 2016

Punca MB Terengganu Dilucutkan Gelaran

"Lebih menakjubkan ia sampai memukau seorang dua menteri UMNO dan juga Menteri Besar Terengganu sehingga sanggup untuk memberikan tanah di  Tasek Kenyir baginya membina sebuah pusat latihan dakwah.Apakah Pusat latihan dakwah kita mundur dan kurang berkesan?

Sikap dermawan MB ini sehingga menimbulkan kemurkaan baginda Sultan Teregganu."

Zainuddin Maidin, Zamkata.

Tuesday, May 10, 2016

Kredibiliti Kepimpinan Najib Teruji Dalam PRU Bukannya PRN atau PRK


1. Tan Sri, setuju mengenai hidup mati Mohd Najib di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dua kawasan Parlimen ini adalah kerusi marginal dalam PRU 2013.

2. Oleh kerana dua kerusi ini kerusi hidup mati Mohd Najib maka dia akan buat apa saja demi menjamin permulaan kematian dia tidak bermula di sini .. the beginning of his death does not begin here.

3. Dia akan lakukan apa saja untuk memang dan memang lebih besar. Dia mungkin menang dan menang lebih besar.

4. Sejarah PRK memihak kepada BN kerana kuasa wang dan pentadbiran yang ada padanya boleh ditumpukan kepada satu kawasan. Dua kawasan dalam konteks tragedi Batang Lupar.

5. Lihat PRK Teluk Intan yang juga di Perak tidak lama dulu. BN merampas kembali kerusi Parlimen itu daripada DAP.

6. Hanya PRU boleh memberikan tumbukan KO kepada kerjaya politik Mohd Najib itu pun kalau Pembangkang boleh berpakat dan menawarkan harapan kepada pengundi.

Wallahuaklam.
Datuk Kadir Jasin

Friday, May 6, 2016

GST Menghukum Peniaga Cina?

 
Khabar-khabarnya orang cina marah kepada Najib kerana mengenakan GST yang mula berkuatkuasa pada 1 April 2015.
 
Tetapi, jika difikirkan balik, adakah GST sebenarnya ingin menghukum peniaga-peniaga cina? Dari sudut positif, GST sebenarnya adalah cara untuk mengutip cukai secara berkesan daripada peniaga-peniaga yang ingin lari daripada cukai.
 
Pelaksanaan GST adalah sebenarnya selepas PRU-13 pada tahun 2013. Umum mengetahui apabila disebut dengan industri perniagaan, ia sebenarnya melibatkan industri yang dikuasai oleh orang-orang cina di Malaysia. Daripada pengeluaran, pengedaran, dan pemborongan sehinggalah ia sampai ke tangan pengguna. Ia sebenarnya adalah dikuasai oleh kaum ini.
 
Adakah Mohd. Najib menghukum kaum ini kerana tidak memberi undi kepadanya dalam PRU-13 yang lalu sehinggakan apa yang disifatkannya PRU yang lepas sebagai 'Tsunami Cina'?
 
Di Johor, Sultan menukar semula hari cuti umum dari hari Ahad kepada hari Jumaat sebagai hukuman kepada kaum ini kerana tidak menyokong BN.
 
Jika menggunakan kuasa yang ada melalui pelaksanaan undang-undang yang ketat untuk menghukum kaum ini, ia mungkin suatu yang zalim tetapi baik juga untuk BN sekiranya kaedah ini merupakan kaedah berkesan untuk memenangi PRU yang akan datang.
 
Mungkin kaum ini berfikir dua kali sama ada untuk mengundi BN atau tidak dalam PRU seterusnya kerana hukuman ini juga menyukarkan mereka dalam perniagaan untuk terus hidup.
 
Dari sudut positif, ini merupakan cara main selamat dan selesa untuk memastikan survival politik yang dikuasai oleh orang-orang melayu terus hidup.
 
 
http://wankamarul701.blogspot.my

 

Monday, May 2, 2016

Roxolana vs Rosmah


Kalau disebut mengenai Rosmah Mansor, anda tentu kenal sebab dia merupakan bini Mohd. Najib. Apatah lagi sering dihimpit dengan isu-isu sensasi seperti boleh membeli sebentuk cincin yang berharga RM24 juta yang kononnnya dikumpul sejak dari kecil. Namun, saya tidak berminat untuk menyentuh hal-hal peribadi dia. Biarlah urusannya dengan Tuhan dan lakinya.

Siapa pula Roxolana? Anda sudah tentu tidak mengenalinya. Sekali tengok, nama ada ala-ala orang Eropah. Tetapi, dia (Roxolana) sebenarnya adalah isteri kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni (r. 1520-1566) ketika Khilafah Uthmaniyah sedang melalui zaman kegemilangannya. Roxalana sebenarnya adalah seorang hamba di dalam istana Uthmaniyah dan kemudiannya boleh menaiki dalam sistem hierarki istana sehingga boleh menjadi isteri pertama Sultan kerana mempunyai kemahiran berpolitik yang tinggi.

Roxolana isteri Sultan Sulaiman al-Qanuni

Tetapi, tahukan kita semua, kejayaan Khilafah Uthmaniyah ketika melalui zaman kegemilangannya adalah ketika dipimpin oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Namun, di sebalik kegemilangan ini ialah isteri Sultan Sulaiman iaitu Roxolana telah mencampuri urusan kerajaan.

Pelik bukan? Apabila isteri pemerintah dikaitkan dengan campur tangan urusan kerajaan, maka umum mengetahui bahawa pentadbiran kerajaan tersebut akan menjadi kucar-kacir.

Lebih daripada itu, Roxolana sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam menjaga hubungan diplomatik Khilafah Uthmaniyah. Beliau juga sering menjadi wakil Sultan Sulaiman dalam urusan hubungan luar. Tidak kurang daripada itu, Roxolana juga memainkan mempengaruhi perjanjian genjatan senjata yang diadakan antara Uthmaniyah dan Poland pada tahun 1525, 1528, dan 1533.

Apabila Sultan Sulaiman berada di luar istana kerana terlibat dalam pelbagai kempen peperangan, Roxolana sering mengutus surat kepada baginda memaklumkan isu-isu semasa yang terjadi di ibu negara dan memaklumkan perkara-perkara yang memerlukan perhatian segera.

Campur tangan Rosmah Mansor dalam pentadbiran kerajaan yang boleh dilihat satu kejayaan ialah beliau berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap oleh Kerajaan Mesir kerana disyaki menjadi perisik setelah menghubungi isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak ketika itu.

Ketika berlakunya pemberontakan Arab atau Arab Spring, ramai pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir. Dengan pengaruh Rosmah, dia berjaya mempengaruhi Kerajaan Arab Saudi menyediakan dua buah jet jumbo untuk memindahkan pelajar-pelajar ini ke Jeddah tanpa memiliki sebarang visa.

Di sini, saya melihat terdapat satu titik persamaan antara Roxolana dan Rosmah – mencampuri urusan pentadbiran kerajaan. Walaupun jauh api dari panggang bagi kedua-dua wanita ini, namun dapat dilihat persamaan di sini.

Rosmah juga mempunyai latar pendidikan yang baik di mana dia belajar di sekolah elit iaitu Kolej Tunku Kursiah atau TKC. Bini Mohd. Najib ini juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sosiologi dan Pertanian daripada Universiti Lousiana, Amerika Syarikat.

Unsur negatif bahawa urusan kerajaan akan menjadi bercelaru kerana campur tangan isteri pemimpin dalam pentadbiran kerajaan adalah tidak benar jika kita melihat sejarah Kerajaan Uthmaniyah.

Pun begitu, unsur-unsur negatif apabila campur tangan seorang isteri pemimpin kerajaan adalah tidaklah disokong seperti berbelanja menggunakan wang rakyat untuk majlis perkahwinan anak, tidur di bilik rehat dengan menelan belanja RM65,100 satu malam, berbelanja butik sebanyak Rm325,000, dan sebagainya.


Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.my