Wednesday, March 30, 2016

Dr. Mahathir Nyanyuk, Najibnya Sewel


Adakalanya melihat tingkah laku Dr. Mahathir kadang-kadang boleh dikatakan nyanyuk kerana apabila orang yang pernah berkuasa bersara, sindrom untuk berkuasa lagi dalam dirinya akan terus kekal sehingga ke akhir hayatnya.

Mendiang Lee Kuan Yew yang berjaya membangunkan bangsa cina di tengah-tengah alam di Nusantara mencadangkan supaya Dr. Mahathir untuk terus kekal dalam kabinet sebagai menteri mentor selepas meletak jawatan. Saranan ini sebenarnya dibuat sendiri Lee Kuan Yew setelah bersara menjadi Perdana Menteri Singapura. Walaubagaimanapun, cadangan ini ditolak oleh Dr. Mahathir atas alasan dia ingin berehat.

Namun, tempoh bulan madu Dr. Mahathir hanya seketika apabila melihat Abdullah yang menggantikannya sebagai Perdana Menteri dilihat lembik dan tidak berkemampuan untuk mentadbir negara. Buat pertama kalinya, Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 parlimen ketika Abdullah mentadbir. Pemimpin-pemimpin BN dan pembangkang terkejut bukan kepalang kerana tidak menyangka bahawa BN buat pertama kalinya dalam sejarah PRU (kecuali 1969) hilang 2/3 parlimen.

Keadaan ini terus menyebabkan Dr. Mahathir mencampuri urusan kerajaan untuk terus mengasak Abdullah supaya berundur diri daripada menjadi Perdana Menteri. Usaha kali pertama Dr. Mahathir ini berjaya untuk meruntuhkan kepala keras Abdullah untuk menjadi Perdana Menteri walaupun majoriti usaha ini hanya datang daripada penulisan-penulisannya dalam blog untuk menghentam, mengkritik, dan menegur Abdullah.

Dengan berundurnya Abdullah, maka naiklah Najib sebagai memanda Perdana Menteri Malaysia yang baru walaupun dihimpit dengan skandal pembunuhan Altantuya. Sampai sekarang, isu Altantuya diam begitu sahaja. Tetapi, apa yang signifikan dalam perubahan tradisi orang melayu setelah Najib menjadi Perdana Menteri ialah kita buat pertama kalinya melihat orang lelaki memakai baju berwarna pink. Sejak daripada itu, ramai isteri-isteri di Malaysia menyuruh suaminya memakai baju berwarna pink.

Jika Abdullah kaki tidur, maka Najib pula ialah kaki rembat duit sehinggakan beliau menyatakan ‘cash is king’ sebagai talian hayat politik beliau. Duit ditabur ke sana ke mari semata-mata untuk meraih simpati undi politik. Bagus juga perkara ini kerana wang-wang cukai yang dibayar oleh peniaga-peniaga bukan melayu diberi semula kepada orang-orang yang layak yang majoritinya orang-orang melayu.

Isu 1MDB terus membebalkan Najib kerana beliau terhimpit dengan isu ini. Apabila sudah terhimpit, maka keluarlah kenyataan yang bukan-bukan sehinggakan menunjukkan Najib ini sewel orangnya. Duit dalam akaun peribadinya sebanyak RM2.6 bilion dikatakan sebagai wang derma orang arab.

Kadang-kadang isu ini membosankan dan lama-kelamaan saya percaya isu RM2.6 bilion senyap begitu sahaja.

Manakala atas alasan isu 1MDB, Dr. Mahathir sekali lagi menyerang Najib. Tetapi, Najib bukannya Abdullah yang mudah mengalah. Dibuang orang-orang yang tidak sebulu dengannya sama ada dalam kerajaan ataupun parti. Ada baiknya Parti Umno ini dijadikan sebagai Parti Najib.

Pilihanraya Presiden Umno tahun 1987 terus dimainkan oleh Dr. Mahathir khususnya dalam blognya untuk menunjukkan beliau mengamalkan demokrasi terpimpin. Adakah ini demokrasi terpimpin kerana sepanjang 22 tahun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, hanya satu kali sahaja pertandingan jawatan Presiden di dalam Umno?

Tetapi, kemenangan Dr. Mahathir ini boleh dipertikaikan apabila berlakunya kejadian ‘lampu padam’ ketika pengiraan undi sedang dibuat. Setelah lampu menyala semula, Dr. Mahathir diisytiharkan menang dengan majoriti tipis sebanyak 43 undi sahaja menewaskan Ku Li.

Jika Mohd. Najib memecat Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail ketika menjalankan siasatan 1MDB ke atasnya, Dr. Mahathir juga memecat Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara apabila mengharamkan parti Umno pada tahun 1987 yang menyebabkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri terjejas. Dengan melihat perkara ini, apakah yang dilakukan oleh Najib tidak dilakukan oleh Dr. Mahathir?

Dr. Mahathir harus ingat apa yang dilakukan oleh beliau dengan menghumban Anwar Ibrahim ke dalam penjara selama 7 tahun. Mohd. Najib dikira masih baik apabila membiarkan beliau boleh duduk semeja dengan Lim Kit Siang untuk membuat deklarasi yang bukan-bukan untuk mendesak Mohd. Najib berundur.

Ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri pun, banyak isu-isu dan skandal-skandal kehilangan wang terjadi seperti Bank Bumiputera, Perwaja, dan sebagainya. Timbal-terbalik dengan isu 1MDB ia boleh dilihat sama sahaja walaupun Dr. Mahathir mempertahankan bahawa duit-duit yang hilang sebenarnya ada transaksi manakala 1MDB tiada transaksi.

Kepada Dr. Mahathir, lihatlah hasil ciptaan sistem ciptaan anda sendiri untuk terus berkuasa. Kepada Najib, cerminlah diri anda untuk terus menjadi Perdana Menteri kerana anda sedang diaibkan di seluruh dunia.

Sebab itu bagi saya, Dr. Mahathir dan Mohd. Najib ini sama sahaja orangnya. Cuma bezanya Dr. Mahathir sudah nyanyuk, Najibnya sudah sewel.

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.my

Friday, March 25, 2016

Tanda Allah s.w.t. Sayangkan Kita


Apabila Allah s.w.t. tidak sayang kepada hambaNya, maka Dia akan sibukkan hambaNya itu dengan hal-hal keduniaan sehinggakan dia tiada masa untuk beribadat.

Apabila Allah s.w.t. menyayangi hambaNya, maka Dia akan sibukkan hambaNya itu dengan hal-hal ibadah dan keilmuan.

Di manakah status kita?

Wallhua’lam.

Thursday, March 24, 2016

Menulislah Mulai Hari Ini

"Pada usia 60 tahun, saya tidak mahu memandang di luar tingkap dan dengan sedih berkata, alangkah baiknya jika saya menulis dan melihat ia diterbitkan ketika muda dahulu."
Anonymous

Monday, March 21, 2016

Asal - Usul Syarikat Tong Garden

 
"The origins of Tong Garden can be traced back in 1963s when Mr. Ong Tong Guan migrated from the Fukien province of China and set foot on Singapore. From a small zinc roof factory and only few staffs. Mr. Ong never expect his little peanut business would grew into Asia grandest Nuts company. Tong Garden continued growth and expansion brought the company to new height. Currently Tong Garden have two plants located in Thailand and Malaysia with combine land of 30 acre, employing nearly 1000 staffs. Having successfully planting their roots in Singapore, Malaysia and Thailand. Tong Garden started setting distribution offices in Mumbai, Jakarta and Shanghai to enhance its distribution network and marketing campaigns."

Thursday, March 17, 2016

Seni dan Nyanyian Memajukan Ekonomi Orang Melayu?


Adakah seni dan nyanyian memajukan ekonomi orang melayu?
 
Adakah kita sedar bahawa di sebalik program-program realiti seperti AF, Mentor, dan sebagainya, ianya sebenarnya mewujudkan jutawan segera di kalangan orang-orang melayu. Menang juara Mentor pun sudah dapat RM100,000. Ini belum mengambil kira syarikat-syarikat rakaman yang ingin melamar mereka untuk menyanyi selepas ini.
 
Orang-orang melayu ini adalah masyarakat yang berlatarbelakangkan seni-seni tarian atau sastera. Walaupun zaman berubah, namun perkara-perkara ini dimodenkan sesuai dengan citarasa semasa.
 
Contohnya ialah cerita-cerita seram atau filem-filem mistik yang penuh dengan unsur tahyul ini sebenarnya membawa pulangan besar kepada industry filem. Masyarakat melayu sebenarnya adalah sinonim dengan unsur-unsur tahyul sejak dahulu lagi sehingga hari ini.
 
Begitu juga dengan sastera. Apabila menyebut sastera, ia adalah tergolong dalam kumpulan seni. Pada hari ini, banyak syarikat penerbitan yang kaya-raya hasil jualan buku-buku mereka. Pendek kata, industry penerbitan buku-buku, majalah-majalah, dan akhbar-akhbar sebenarnya memajukan ekonomi orang melayu.
 
Walaupun begitu, rangkaian ekonomi melayu dalam bidang-bidang teknikal masih belum boleh dibanggakan lagi. Umpamanya ialah bidang-bidang spare part, hardware, membaiki kereta, dan sebagainya masih rendah. Walaupun banyak institusi-institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan namun penguasaannya masih rendah. Ini dapat dilihat deretan kedai-kedai di tepi-tepi jalan masih dipegang oleh non-melayu.
 
Namun, budaya tradisional melayu sebenarnya menjadi nadi dan tulang belakang ekonomi orang melayu sebenarnya. Tidak ketinggalan bidang pertanian juga adalah lapangan ekonomi masyarakat melayu. Walaupun zaman terus berubah tetapi hasrat dan penawaran kepada bidang-bidang ini masih berterusan.

Kalau Sistem dan SOPnya Betul, maka Berjayalah Hidup Kita...


Berapa umur anda sekarang? Adakah 30 tahun? 40 tahun ataupun telah memasuki 5 series?

Tidak perlu bimbang kerana jangka haya hidup penduduk Malaysia ialah 75 tahun.

Lagipun ada yang mengatakan bahawa life begins at fourty.

Jika umur anda ialah 30 tahun, maka baki usia anda ialah 45 tahun.

Jika pada usia 30 tahun ini anda melakukan sesuatu dan memastikan ianya berada di landasan dan system yang betul, maka anda akan berjaya (Dengan izin Tuhan).

Contohnya, ialah hasil sawit dapat dituai setiap 3 tahun sekali.

Dan dalam tempoh 45 tahun berbaki ini, anda menanam sawit.

Maka, dengan congaknya anda boleh menuai hasil sawit tadi 15 kali seumur hidup anda.

Itu sahaja. Pastikan anda mempunyai matlamat yang jelas dan pastikan ia tindakan anda mengikut SOP yang betul.

Insya-Allah. Anda akan berjaya.

Sunday, March 13, 2016

Adakah Kerajaan Beraja Lebih Kaya daripada Kerajaan Demokrasi?


Adakah Kerajaan yang mengamalkan sistem beraja atau monarki pada hari ini adalah lebih kaya daripada kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen?

Pada hari ini, kerajaan yang mengamalkan sistem beraja ialah Brunei dan Arab Saudi. Adakah kita perasan atau terperasan dua buah negara yang kaya ini adalah mengamalkan sistem pemerintahan beraja?

Cuba kita lihat mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen di dunia ini khususnya negara-negara umat Islam. Adakah negara-negara ini kaya-raya?

Apabila kita inginkan rahmat Allah s.w.t. turun kepada kita, maka kita hendaklah meninggalkan segala larangannya.

Adakah rahmat Allah s.w.t. turun kepada kerajaan yang mengamalkan demokrasi? 

Apabila disebut sahaja demokrasi, maka ia tidak dapat lari daripada masyarakat yang sentiasa mengadu domba antara satu sama lain. Fitnah-memfitnah sudah menjadi makanan biasa untuk terus berkuasa. Pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun sekali penuh dengan unsur-unsur penipuan, rasuah, umpat-fitnah, dan sebagainya.

Bagaimana rahmat Allah s.w.t. akan turun kepada masyarakat sekiranya keadaan ini terus berlaku?

Adakah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja mengamalkan sifat-sifat ini dalam masyarakat mereka? Sudah tentu sekali tidak kerana mereka tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama kerana mereka langsung tiada pilihanraya setiap 5 tahun sekali.

Wallhua'lam.

Monday, March 7, 2016

Kenapa Takut Sumbang Bantuan Ketenteraan?

Jika kita melihat bantuan atau misi kemanuasiaan di negara-negara umat Islam di Timur Tengah khususnya seperti Palestin, Syria, Jordan, dan sebagainya bantuan yang dihulurkan adalah bersifat keperluan-keperluan asas sahaja seperti makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan sebagainya. Tidak lebih daripada itu.

Namun, sedar atau tidak sedar adakah kita perasan bahawa bantuan ketenteraan untuk negara-negara yang bergolak dengan peperangan ini langsung tidak diberikan? Adakah kita takut dilabelkan sebagai pengganas oleh masyarakat antarabangsa?

Teringat suatu ketika dahulu Kuala Lumpur menafikan memberikan bantuan senjata kepada pejuang-pejuang Palestin. Jika betul sekali sekalipun, adakah kita takut untuk mengakui bentuk bantuan ketenteraan ini?

Jika dilihat negara-negara yang bergolak ini, sudah tentu mereka memerlukan bantuan atau perlindungan ketenteraan untuk menghadapi ancaman-ancaman senjata berat untuk melindungi diri mereka. Jika tiada perlindungan ketenteraan, sudah tentu pihak musuh akan terus-menerus menyerang umat Islam kerana mereka tahu bahawa masyarakat Islam ini adalah terdedah kepada serangan.

Tidak dinafikan terdapat tentera-tentera pengaman dari Malaysia yang dihantar ke luar negara di bawah panji-panji PBB. Namun, mereka dihantar bukanlah untuk berperang dalam erti kata sebenarnya sampai berjuang sehingga mati syahid.

Mengapa kita ingin melabelkan orang-orang Islam dari Malaysia yang mati terbunuh di Syria sebagai pengganas? Bukankah mereka menginfaqkan diri mereka untuk menolong saudara seagama mereka di sana?

Alangkah baik dan indahnya apabila setiap negara umat Islam menghantar bantuan ketenteraan kepada negara-negara Islam yang bergolak. Usah takut dilabel pengganas kerana inilah bantuan yang hakiki berbanding memberi sumbangan dalam bentuk keperluan asas sahaja.

Wallhua’lam.


http://wankamarul701.blogspot.my

Thursday, March 3, 2016

Sampaikan dariku walau satu ayat

 
Hari-hari kita dengar perkara-perkara maksiat berlaku.
 
Dalam pada itu, kita mesti harapkan supaya perkara-perkara maksiat ini tidak berlaku ke atas diri kita atau sesiapa sahaja.
 
Sudah tentu konsep ini salah jika kita mengharapkan nasib tidak baik tidak menyebelahi kita.
 
Sebenarnya, inilah tanggungjawab pendakwah iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Berusahalah untuk amal makruf dan nahi mungkar walau sekecil manapun usaha kita.
 
Kita tentu ingat kisah burung yang hanya mengangkat air dengan paruhnya untuk memadam api yang memadam Nabi Ibrahim a.s. Sesungguhnya Allah s.w.t. melihat usaha hambaNya dan bukannya melihat hasil kejayaan yang dilakukan oleh hambaNya.
 
Seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
 
"Sampai dariKu walaupun satu ayat."Riawayat Bukhari

Mana-mana pun ada krisis

 
Mana-mana pun ada krisis.
 
Parti-parti politik pun ada krisis hatta Parti PAS yang memperjuangkan Islam pun ada krisis.
 
UMNO pun ada krisis. Dalam parti UMNO, mana-mana pihak atau team yang kalah tidak hilang semua. Manakala yang menang pula tidak menang semua. Ini adalah untuk menjaga kestabilan parti.
 
Begitu juga dalam kekeluargaan, ia juga ada krisis. Mungkin antara kita dengan adik-beradik, saudara-mara, dan sebagainya.
 
Krisis ini disifatkan sebagai garam dalam kehidupan kita. Tidak cukup akan membuatkan makanan tidak sedap. Terlebih pula menyebabkan ianya masin.
 
Tanpa krisis, kehidupan kita akan menjadi hambar ataupun bosan.
 
Seelok-eloknya krisis ini biarlah bersifat terkawal. Caranya ialah kita jangan terikut dengan emosi dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Jika tidak, kita tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.

 

Wednesday, March 2, 2016

Pembangkang Usah Terpedaya dengan Langkah Dr. Mahathir


Dua tiga hari ini, Lim Kit Siang mengakui bahawa beliau ada bertemu dengan Dr. Mahathir untuk membincangkan isu-isu nasional selepas Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO.
 
Tetapi, kita harus ingat bahawa Dr. Mahathir sanggup menggunakan pentas pembangkang untuk menyelamatkan UMNO.
 
Bak kata Chegubad, Dr. Mahathir menggunakan pentas pembangkang suatu ketika dahulu untuk menurunkan Abdullah daripada kerusi Perdana Menteri dan bukannya untuk menyokong pembangkang. Ternyata, Abdullah meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri dan kemudian Dr. Mahathir mendaftar semula ahli UMNO selepas itu.
 
Wayang Dr. Mahathir bermula lagi apabila mengisytiharkan keluar daripada UMNO kerana tidak setuju dengan cara pemerintahan Mohd. Najib.
 
Ada baiknya pembangkang tidak bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang kononnya ingin menyelesaikan isu-isu nasional. Hakikatnya, isu-isu nasional ini berpunca daripada pemimpin UMNO yang lemah. Bagi Dr. Mahathir pemimpin yang harus ditukarkan dan bukannya isu-isu nasional yang diutamakan. Apabila pemimpin yang lemah ditukar, secara automatiknya isu-isu nasional ini akan selesai.
 
Secara tidak langsung pembangkang yang bekerja dengan Dr. Mahathir sebenarnya adalah bekerjasama untuk memulihkan dan menguatkan semula UMNO.
 
Seperti biasa, selepas matlamat Dr. Mahathir tercapai, maka pembangkang ditinggalkan semula dan masuk semula dalam barisan kepimpinan UMNO. Maka pembangkang mencari semula isu-isu lain untuk memburukkan kerajaan bagi memenangi PRU seterusnya. Itulah nasib pembangkang.
 

Tuesday, March 1, 2016

Apa Itu Misi dan Visi?


Apa itu visi dan misi? Kita jangan menganggap kedua-dua perkara ini sama sahaja.

Misi ialah perkara apa yang kita perlu lakukan.

Visi ialah perancangan kita lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Moyang Robert Kuok Penagih Candu

Sejarah tidak pernah membohongi kita. Kalau sejarah itu bohong, maknanya kita sendiri tidak mahu mengkaji sejarah.

Robert Kuok sekali lagi dinobatkan orang terkaya di Malaysia pada tahun 2015 dengan hartanya adalah 10 bilion dollar. 

Jangan lupa bahawa moyang Robert Kuok adalah Kuok Keng Kang yang berhijrah dari Fujian, China ke Tanah Melayu pada tahun 1909. Harus diingat bahawa moyang Kuok ini adalah berjaya kerana bantuan masyarakat melayu. Ini ditulis dalam buku The Reluctant Politician : Tun Dr Ismail and His Time. Antaranya ditulis begini :

"Ketua keluarganya ialah Kuok Keng Kang, juga dari Foochow, seorang pendatang baru ke Johor Bharu. Yang mendapat persaingan hebat dari puak Teochew. Kuok Keng Kang juga berjaya hasil bantuan yang diterimanya daripada masyarakat melayu. Menjelang 1920, Kuok Keng Kang sudah pun menjadi kaya raya, dan menjadi antara segelintir orang yang mampu memiliki beberapa buah kereta mewah."

Di sini pun kita dapat lihat betapa mewahnya keluarga Kuok kerana telah berjaya memiliki kereta mewah pada era 1920-an. Itupun Jepun belum menawan lagi Tanah Melayu.

Kuok Keng Kang ini mula berniaga beras, gula, dan tepung gandum di Johor Bharu dengan pertolongan pembesar melayu. Menurut akhbar The Star, pembesar melayu Johorlah yang tolong sembuhkan Kuok Keng Kang daripada penagihan candu (Rujuk A Kadir Jasin, Kunta Kinte Original).

Orang-orang cina terkaya di Malaysia ini jangan lupa bahawa masyarakat melayu ini serta kerajaan melayu inilah yang 'menolong' mereka kaya-raya. Orang-orang melayu pula usahlah dengki dengan orang-orang melayu yang mungkin tersenarai 40 terkaya di malaysia dengan menganggap mereka ini naik kerana 'kabel'.

Hukum Karma Buat Mahathir


Buat baik di balas baik. Buat jahat jangan sekali.

Mahathir dulu kick Musa Hitam.

Mahathir dulu kick Ku Li.

Mahahtir dulu Kick Anwar Ibrahim.

Mahathir dulu kick Ghafar Baba.

Sekarang Najib pula kick Mahathir.

Mahathir tidak lagi menjadi ahli UMNO.