Jika baca blog mengenai pelaburan emas, bloggernya akan sibuk menceritakan
sepak terajang mengenai hartanah.
Jika anda membaca blog mengenai hartanah, bloggernya akan sibuk
menceritakan kawasan-kawasan atau projek-projek baru hartanah.
Jika anda membaca mengenai pelaburan emas, bloggernya akan sibuk
menceritakan naik turun harga emas.
Tetapi di sebalik semua ini, kita masih boleh melihat ada orang masih boleh
buat duit dengan sampah dengan menghantarnya ke pusat kitar semula.
Anda tetap anda. Anda jangan biarkan diri anda menjadi menjadi mangsa trend
pelaburan. Apa lebih teruk lagi anda terlibat dalam skim cepat kaya. Oleh itu,
elakkan diri anda daripada terlibat dalam pelaburan-pelaburan di mana bagaimana
wang boleh dijana daripada pelaburan tersebut.
Apa yang ingin kaitkan di sini ialah mengenai genre-genre penulisan buku.
Di pasaran, lambakan dan pelbagai jenis buku yang boleh kita lihat seperti
fiksyen dan bukan fiksyen. Buku fiksyen ini ialah buku-buku khayalan dan
berdasarkan kepada imaginasi penulis semata-mata seperti novel, cerita hantu,
cerita kanak-kanak dan sebagainya. Manakala buku bukan fiksyen adalah seperti
kewangan, agama, motivasi, bisnes, dan sebagainya.
Memang tidak dinafikan genre novel merupakan penulisan yang paling laris di
pasaran. Tetapi jika kita garapkan penulisan buku-buku non-fiksyen dan kena
caranya, maka kita boleh jadikannya buku tersebut terlaris di pasaran. Jika
dengan sampah pun orang boleh buat duit, apatah lagi dengan buku.
Nikmat mana lagi yang kita ingin dustakan?
Saya sedang berfikir bagaimana ingin menjadikan penulisan saya ini setaraf
dengan orang berusia dengan 40-an atau orang yang mempunyai title Prof (Bukan
Prof kang kung). Lihat sahaja penulis-penulis jutawan di Malaysia ini, mereka
semuanya boleh dikatakan sudah berusia 40-an
ke atas. Dengan kata lain, mereka menulis berdasarkan kepada pengalaman
mereka.
Lihat sahaja Chef Li, beliau menjadikan pengalaman kegagalan perniagaannya
sebagai modal penulisan bukunya. Tidak kurang daripada itu, ramai orang
menjadikan buku-buku bersirinya sebagai koleksi peribadi. Secara tidak
langsung, keadaan ini menjadikan fix deposit datang daripada jualan
buku-bukunya yang panas. Tetapi tempoh pengalaman ini hanya diperolehi oleh
orang-orang yang berpengalaman sahaja. Jika tiada pengalaman, tiada gunanya
menulis buku bisnes yang dicedok atau dipetik daripada Google. Hendak hasilkan
royalti yang tinggi pun sukar.
Salah satu cara untuk menjadikan penulisan kita berkualiti ialah dengan
menjadikan buku-buku rujukan yang berkualiti sebagai penulisan kita. Buku-buku
yang berkualiti perlu dibeli dengan yang mahal. Sememangnya aktiviti menulis
memerlukan modal yang mahal. Jika tidak mampu sekalipun, kita boleh meminjam
daripada perpustakaan IPTA-IPTA awam yang banyak di Malaysia ini.
Jika dengan sampah pun orang boleh buat duit, maka dengan penulisan buku lagilah
boleh buat duit dengan syarat ia adalah sebuah buku yang berkualiti atau lebih
baik lagi adalah buku yang evergreen yang menjadi bacaan sepanjang zaman
walaupun kita telah meninggal dunia.
Wallhua’lam.