Hasrat untuk melihat genjatan senjata dalam Perang Hamas – Israel bagi tempoh 6 minggu sebelum menjelangnya bulan Ramadhan menemui titik kegagalan dalam perundingan yang diadakan di Qatar. Perundingan ini diadakan antara Mesir yang mewakili Hamas, Mossad, CIA, Jordan, dan Qatar.
Kegagalan dalam perundingan ini adalah disebabkan Israel tidak mahu memenuhi tuntutan Hamas supaya pasukan tenteranya seramai 12,000 orang berundur dari tanah Gaza sepanjang genjatan senjata ini berlaku. Selain itu, Hamas juga mahukan supaya 1.2 juta rakyat Palestin yang tinggal di Gaza City dan Gaza Utara yang menjadi pelarian di Rafah boleh kembali semula ke tempat kediaman mereka sepanjang genjatan senjata ini walaupun tempat kediaman mereka telah musnah sama sekali. Setidak-tidaknya mereka boleh membina khemah-khemah sebagai kediaman sementara mereka jika dibenarkan pulang ke tempat kediaman masing-masing.
Tuntutan Hamas ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Israel kerana Israel telah menghabiskan berbilion Dollar untuk mengebom secara besar-besaran di Gaza Utara dan Gaza City supaya penduduk di sini lari daripada kawasan di sebelah utara supaya berundur ke selatan dan secara tidak langsung menekan Mesir untuk membuka pintu sempadan mereka untuk menerima kehadiran pelarian ini.
Bagi Hamas, tiada makna genjatan senjata dipersetujui oleh pihaknya jika penduduk Gaza tidak dibenarkan untuk pulang ke tempat kediaman masing-masing. Di pihak Israel pula mereka ingin melancarkan terus serangan semula sebaik sahaja genjatan senjata ini tamat.
Sudah tentu bulan Ramadhan ini ujian buat umat Islam di Palestin di mana mereka akan menyambutnya dalam suasana perang. Kita sebagai umat Islam hanya berdoa yang terbaik sahaja untuk mereka buat masa sekarang.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment