Tarikh 14 Februari 2024 yang sepatutnya diingati sebagai Hari Kekasih kini bertukar kepada hari tragedi bagi Israel kerana buat pertama kalinya pejuang Hizbullah berjaya melancarkan serangan ke atas pengkalan tentera Israel di Safad. Ini merupakan tindak balas Hizbullah terhadap serangan yang dilancarkan oleh Israel sebelum itu yang membunuh sebanyak 10 orang termasuk 3 pejuangnya.
Serangan ke atas Safed pada kali ini mempunyai signikan yang tersendiri kerana jika sebelum ini Israel menyenaraikan 40 buah kampung yang berada di zon merah yang berada dalam radar serangan Hizbullah tetapi pada kali ini roket yang dilancarkan oleh Hizbullah boleh menjangkau hingga ke Safad. Peluru yang dilancarkan pada kali ini adalah 4 kali lebih baik berbanding roket yang dilancarkan ketika meletusnya Perang Hamas – Israel sejak 7 Oktober 2023 yang lepas iaitu lebih jauh dan lebih tepat mengenai sasarannya.
Serangan ini berjaya membunuh 1 orang tentera Israel, IDF dan 8 orang yang lain tercedera. Kawasan Safed yang diletakkan di bawah zon selamat Israel kini berjaya ditembusi oleh pejuang Hizbullah. Israel tidak meletakkan sebarang roket penangkis berbanding dengan kawasan lain yang kebiasaannya akan mudah diserang oleh Hizbullah.
Bandar Haifa yang Diduduki oleh Israel. |
Dari segi geografi, kawasan yang paling sensitif dan paling dijaga oleh Israel ialah bandar Haifa di mana terletaknya lapangan terbang tentera udara yang menempatkan jet-jet pejuang F35 yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat. Jet-jet pejuang turut diselenggara di sini. Dari lapangan terbang inilah jet-jet pejuang tentera Israel mengebom Gaza. Selain itu, bandar Haifa meletakkan pelabuhan komersial di mana kapal-kapal dagang akan berlabuh di sini. Perkara ini sudah tentu membimbangkan Israel kerana dibimbangi Hizbullah mempunyai keupayaan untuk melancarkan roket ke atas bandar Haifa ini.
Hassan Nasrallah dalam kenyataan terbarunya mengisytiharkan perang ke atas Israel dan dengan kata lain beliau menyatakan serangan ke atas orang awam Israel sebagai tindak balas ke atas kematian rakyatnya sebelum ini di Nabatieh. Beliau juga memberi amaran ke atas Israel supaya menghentikan serangan ke atas Rafah yang akan terus membunuh penduduk Palestin. Bekalan roket ini sebenarnya diperolehi dari Axis of Resist yang diketuai oleh Iran. Bekalan senjata ini dibawa dari Iran melalui Iraq dan Syria sebelum sampai ke tangan pejuang Hizbullah.
Boleh dilihat bahawa Perang Hamas – Israel semakin melebar dengan melibatkan negara-negara umat Islam yang lain yang bersimpati dengan penduduk Palestin yang bertalu-talu dibom oleh Israel. Sudah tentu negara-negara umat Islam tidak akan mudah membiarkan Israel merampas tanah penduduk Palestin khususnya Gaza.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment