Saturday, October 28, 2023

Siapakah yang Lebih Berdosa?

Teringat saya ketika zaman bersekolah dahulu, selepas solat Isyak berjemaah warden asrama iaitu Ustaz Fazdi yang memberi tazkirah pendek.

Ustaz bertanya antara yang mendirikan solat berjemaah yang mendengar muzik berbanding dengan orang yang solat bersendirian yang mendengar muzik, siapakah yang lebih berdosa?

Beliau tidak memberi jawapan kepada soalan yang ditanyakan itu, tetapi cukup kita sebagai pelajar ketika itu untuk berfikir bagi jawapannya. 

Wallahua'lam.