Keruncingan
ekonomi negara sekarang adalah amat membimbangkan sehinggakan kenaikan harga
barang kadang-kadang akan menghakis wang simpanan kita tatkala duit gaji
bulanan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian.
Pada
zaman sekarang graduan-graduan lulusan universiti menjadi pemandu teksi Grab
dan Uber menjadi isu besar pada hari ini di mana menunjukkan kegagalan sebuah
kerajaan yang dipilih oleh rakyat mewujudkan peluang ekonomi yang makmur dan
kondusif kepada rakyatnya akibat kepincangan pemimpin-pemimpin negara yang
haloba merompak duit negara.
Bagaimana
graduan-graduan lulusan universiti ini ingin membayar hutang RM30,000 kepada
kerajaan apabila pihak PTPTN menagih hutang walaupun kerja masih belum
diperolehi? Suka tidak suka graduan ini terpaksa menjadi pemandu teksi.
Graduan
bukan bumiputera sebenarnya mendapat peluang yang lebih baik berbanding dengan
graduan bumiputera. Perkara ini disebabkan graduan bukan bumiputera mendapat
peluang pekerjaan yang lebih baik di mana gaji yang ditawarkan adalah lebih
tinggi daripada peluang pekerjaan untuk graduan bumiputera. Adakah anda perasan
bahawa sesetengah peluang pekerjaan kosong ada meletakkan pemohon-pemohon perlu
fasih berbahasa cina sebagai syarat untuk memohon pekerjaan?
Jika
trend ini terus berlaku, graduan bukan bumiputera terus mempunyai peluang untuk
mengumpul harta yang lebih dari graduan bumiputera. Sampai bila kek ekonomi
untuk bumiputera akan terus berkembang jika keadaan ini terus berlaku?
Sebenarnya,
graduan-graduan menjadi pemandu teksi sejak 1980-an lagi akibat kebejatan
ekonomi yang berlaku ketika itu. Jika sekarang rakyat Malaysia dimomok dengan
isu-isu 1MDB maka pada pertengahan tahun 1980-an negara dimomok oleh skandal
Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), Mamico, dan sebagainya.
Apakah
yang membeza zaman dahulu dan sekarang? Skrip atau jalan ceritanya sama sahaja
dan yang berbeza adalah watak-wataknya sahaja.
Percayalah
bahawa dengan mengubah pemimpin atau kerajaan sekalipun ia sebenarnya tidak
akan berjaya menyelesaikan masalah. Yang perlu diubah adalah struktur
masyarakat itu sendiri. Bukankah pemimpin itu adalah cerminan akhlak masyarakat
itu sendiri?
Wallhua’lam.