Jika anda berhasrat untuk menerbitkan
sendiri buku anda, sudah tentu anda perlu mempunyai nombor ISBN untuk
ditampalkan di bahagian belakang buku anda. Dari sudut bisnes buku, nombor ISBN
ini adalah penting untuk anda untuk memasarkan buku anda di kedai-kedai. Tidak
kiralah sama ada di kedai buku elit, indie, atau tradisional kerana buku yang
anda terbitkan ini akan dirujuk dengan nombor ISBN.
Di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM) adalah badan yang bertanggungjawab yang menyelia mengeluarkan nombor ISBN
kepada mana-mana buku yang diterbitkan di Malaysia. Selain itu, ISBN ini
penting bagi melindungi buku yang kita terbitkan daripada dicetak rompak.
Baiklah, jika ini kali pertama anda memohon
nombor ISBN, anda perlu mengisi borang berikut :
i. PNM.PK.PBN (O).02(B1) : Borang
permohonan menyertai program ISBN.
ii. PNM.PK.PBN (O).02(B2) : Borang
permohonan nombor ISBN.
Borang-borang ini boleh didapati di laman
rasmi PNM. Sebelum itu, anda diingatkan supaya manuskrip buku anda telah siap
ditulis dan diedit. Dengan kata lain, hanya tunggu masa nak design sahaja dalam
Adobe InDesign. Jangan anda memohon nombor ISBN ini jika manuskrip belum siap.
Di sini, saya inginkan tekankan bahawa
terdapat 2 cara untuk menyertai program ISBN ini iaitu secara atas nama
syarikat atau secara atas nama anda sendiri.
Jika atas nama anda sahaja untuk mendaftar
program ISBN, anda perlu memberi salinan kad pengenalan sahaja dalam permohonan
ini.
Jika anda berhasrat untuk membuka atas nama
syarikat, anda perlu mendaftar dahulu syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) berdekatan tempat tinggal anda. Kalau macam pengalaman saya,
saya hanya mendaftar di SSM UTC Pudu.
Kos pendaftaran adalah sekitar RM80. Ini
adalah penting bagi anda untuk mendapatkan nombor pendaftaran syarikat untuk
mengisi borang permohonan menyertai program ISBN ini.
Anda juga perlu mempunyai cop syarikat (bentuk
bulat dan petak) anda bagi mengisi borang permohonan PNM ini.
Seterusnya, anda boleh menghantar borang
(i) dan (ii) ini setelah lengkap diisi. Perlu diingatkan antara dokumen yang
perlu dilampirkan sekali ialah :
i. Salinan SSM.
ii. Contoh cover kulit dalam bentuk PDF
yang telah siap design.
iii. Mukasurat hakcipta seperti “Hak cipta
terpelihara...” Boleh rujuk buku mukasurat hakcipta buku di rumah anda. (Dalam
Microsoft Word pun boleh)
Kemudian, anda boleh hantar e-mail kepada
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di alamat e-mail isbn@pnm.gov.my .
Kebiasaannya nombor ISBN diberi kepada anda dalam tempoh 2-3 hari sahaja.
Anda perlu menelefon pihak PNM untuk
mengetahui status permohonan anda sama ada telah diproses atau tidak kerana
bimbang e-mail yang kita hantar tidak diterima oleh pihak mereka ataupun kita
tidak menerima e-mail bagi nombor ISBN yang telah siap diproses dan dihantar
oleh pihak mereka kepada kita.
Setelah anda telah menerima nombor ISBN
daripada pihak PNM, anda boleh janakan barkod nombor ISBN ini di website
berikut :
Saya cadangkan website ini kerana ianya
free dan gambarnya tajam sebelum kita design buku untuk peringkat seterusnya.
Ini adalah contoh barkod ISBN yang telah dijana oleh website ini :
Kemudian, barkod ini anda boleh berikan
kepada designer buku anda untuk menyiapkan lay out keseluruhan buku anda.
Selain ISBN, anda boleh memohon Pengkatalogan
Dalam Penerbitan (PDP). Ini boleh kata sunat saje. Kalau tiada pun tak ape
untuk diletakkan dalam mukasurat hakcipta buku anda. Ada eloknya diletakkan PDP
dalam mukasurat hak cipta buku anda supaya ianya kelihatan kemas dan menarik.
Rupa PDP ini macam ini. Ini adalah contoh
PDP buku pertama saya, Biar Sedikit Asal Diberkati :
Perpustakaan Negara Malaysia Data
Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad, 1985-
Biar SEDIKIT Asal DIBERKATI / WAN KAMARUL ARIFFIN BIN WAN
AHMAD.
ISBN 978-967-12841-0-0
1. Finance, Personal. 2. Saving and investment.
I. Judul.
332.024
Bagi pemohonan PDP, anda dikehendaki mengisi
borang PNM.PK(0)PBN.02(B4) yang boleh didapati laman web PNM. Dokumen yang
diperlukan bagi permohonan PDP ini ialah :
i. Isi kandungan buku (Microsoft Word)
ii. Prakata (Microsoft Word)
iii. Sinopsis (Microsoft Word)
PDP boleh dipohon sekali bersama dengan
nombor ISBN dan PNM akan hantar sekali dengan ISBN apabila kedua-duanya siap
diproses.
Setelah siap design dan cetak buku anda,
anda dikehendaki menghantar 5 naskah kepada pihak PNM bagi setiap judul yang
dipohon dalam tempoh 1 – 3 bulan. Anda boleh menghantar secara by hand ataupun melalui pos. Jika saya dahulu, saya hantar by hand di PNM. Bukan apa, saje cari pengalaman pergi pusat ISBN di PNM.
Jika anda tidak berbuat demikian, anda
boleh didenda sebanyak RM3,000 dan syarikat anda atau nama anda boleh diblack
list untuk memohon nombor ISBN bagi buku-buku akan datang.
Jika anda tidak jadi menerbitkan buku anda
walaupun nombor ISBN dan PDP telah dipohon dan diterima, anda boleh menulis
surat kepada pihak PNM untuk membatalkan permohonan ISBN dan PDP yang telah
diberikan kepada anda.
Selamat berjaya!!!
http://wankamarul701.blogspot.my