Friday, June 3, 2016

Apabila Ahli-ahli Nujum Ramai Muncul di Musim PRK

Apa yang menarik mengenai politik Malaysia ialah ramai ahli-ahli nujum atau peramal yang muncul apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) sama ada di peringkat Dun mahupun Parlimen. Peramal-peramal ini muncul daripada penganalisis politik, pemerhati politik, ahli politik, blogger-blogger, dan sebagainya.Ahli-ahli nujum ini ada yang meramalkan secara adil atau tanpa bias. Tidak kurang daripada itu ada yang meramalkan penuh emosi atau kebencian terhadap parti lawan masing-masing.
 
Sudah pasti yang menjadi ‘punch bag’ dalam PRK kali ini di Kuala Kangsar atau Sungai Besar ialah Mohd. Najib kerana beliau sarat dengan isu-isu atau skandal-skandal kewangan yang melingkari beliau di samping dengan isu kepimpinan yang sering menimbulkan pertikaian pada setiap hari.
Kredibiti Mohd. Najib sebagai pengerusi Umno/ BN akan teruji dalam 2 PRK ini walaupun dihambat dengan kemenangan kejayaan BN di Sarawak di bawah pimpinan Adnan Satem. Namun, kredibiliti Najib dalam memulihkan keyakinan rakyat masih belum teruji.
Di dalam matematik, ia dikenal apa yang dipanggil sebagai kebarangkalian. Jika satu kerusi yang disertai oleh dua orang untuk bertanding, maka terdapat kebarangkalian menang dan kalah antara dua orang ini. Mungkin pembangkang menang. Atau mungkin pihak kerajaan menang.
Namun, apabila BN berjaya menang dalam PRK ini. Akan muncul telahan-telahan berikut. (1) Najib berjaya memulihkan kepercayaan rakyat kepadanya. (2) 1MDB tidak menjejaskan keyakinan rakyat kepada BN. (3) Pengaruh Tun Mahathir semakin merosot (4) Rakyat semakin yakin terhadap BN, dan sebagainya.
Dalam senario yang berbeza jika BN kalah dalam PRK ini maka telah-telahan yang mungkin muncul ialah (1) Kepimpinan Najib sudah semakin lemah. (2) 1MDB menjadi punca penolakan rakyat terhadap BN. (3) Harapan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib semakin cerah, dan sebagainya.
Drama-drama atau wayang-wayang PRK sering mewarnai politik Malaysia dan seolah-olah ia lebih besar daripada PRU sebenar kerana di sinilah seluruh kekuatan jentera kerajaan dan pembangkang dapat dikumpulkan di sini untuk beradu antara satu sama lain.
Wallhua’lam.

No comments: