Tuesday, April 26, 2016

Mendapat Input-input Penulisan daripada Youtube

Kita sudah biasa mendengar bahawa masa tidak boleh dibeli dengan emas. Tetapi, bagi saya masa boleh dibeli dengan teknologi. Pemasaran menggunakan teknologi terkini sebagai contohnya boleh mempercepatkan jualan sesuatu produk.

Jangan lupa dengan Youtube kerana ia boleh mempercepatkan juga sesuatu jalan. Dengan kata lain, pembeli boleh melihat sesuatu produk sebelum dibeli dengan melihat di dalam Youtube seperti dahulu.

Namun, pada kali ini saya bukanlah bermaksud ingin bercakap mengenai penjualan produk ataupun pemasaran dalam Youtube. Tetapi mencari input-input penulisan daripada ceramah-ceramah yang berada dalam Youtube.

Ceramah-ceramah dalam Youtube banyak yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang mempunyai latar belakang yang profesional seperti pensyarah, trainer, dan sebagainya.

Kadang-kadang banyak juga input-input yang disampaikan, bergantung kepada durasi ceramah yang disampaikan.

Sebenarnya, apabila kita menonton ceramah-ceramah yang disampaikan oleh tenaga-tenaga profesional ini, secara tidak langsung kita telah menjimatkan masa pembacaan kita untuk mentelaah buku-buku baru.

Ceramah-ceramah yang disampaikan ini mungkin kita tidak biasa dengar dan mungkin juga tiada dalam Google. Sudah tentu mereka telah membuat kajian yang mendalam mengenai bidang atau pengkhususan mereka.

Ada baiknya kita menggunakan kemudahan Youtube ini untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Wallhua’lam.


http://wankamarul701.blogspot.my

Thursday, April 21, 2016

Berjaya Menyimpan 6 Bulan Gaji Hasil Pembacaan BSAD!


 
 
Buku BSAD di Popular Seremban 2
 
 
assalamualaikum,

Saya dah beli buku ni tahun lepas bulan 8.
Saya dah berkali-kali baca buku ni dan mengharapkan sambungan buku ini.

Saya suka teknik sesendal baji,simpan 1% dan perghuraian yang lengkap mengenai sejarah ASNB / ASB,Tabung Haji dan PTPTN.

Alhamdulillah,input berguna sehingga berjaya mendisplinkan tabiat kewangan sehingga berjaya menyimpan 6 bulan gaji.
 
- Tuan Fadhils

 

Wednesday, April 20, 2016

Buku Evergreen


"Buku yang laku sederhana dari mula sampailah berpuluh-puluh tahun masih laku.
Buku jenis ini mungkin laku 3 ribu naskhah setahun tetapi ia terus laku begitu selama berpuluh-puluh tahun. Buku-buku jenis ini termasuklah:
(a) Buku sejarah.
(b) Novel bertaraf sastera.
(c) Buku biografi tokoh-tokoh yang sudah meninggal dunia.
(d) Buku-buku agama.
(e) Buku falsafah.
(f) Buku motivasi yang berdasarkan nilai-nilai agama.
(g) Buku cerita bacaan kanak-kanak dan remaja yang temanya evergreen.
Apabila saudara menulis buku, fikirkan bahawa saudara mencipta harta, yakni harta intelek. Banyak orang menulis buku, tetapi bukunya tidak menjadi harta intelek.

Banyak buku habis sebagai buku. Ada buku menjadi harta intelek, maka buku yang beginilah yang menjadikan saudara makin tua semakin banyak pendapatan, walaupun saudara waktu itu hanya duduk di masjid sahaja!"
Sumber : universitipts.com

Tuesday, April 19, 2016

Mutiara Hadis


"Berhati-hatilah kamu dengan firasat orang-orang yang beriman kerana dia melihat dengan cahaya Allah s.w.t."
 
Maksud Hadis.

Monday, April 18, 2016

Kata-kata Hikmah


"Seseorang pemuda tidak akan mengatakan sejarah itu adalah sejarah ayahnya. Seseorang pemuda itu akan mengatakan sejarah aku adalah permata hatiku."
 
Pepatah Arab

Friday, April 15, 2016

Algebra Matematik

Sebelum kita melangkah lebih jauh, ada baiknya kita meninjau semula tahap-tahap pendidikan di sekolah di negara ini.

Sekolah Rendah Tahap 1 – Darjah 1 hingga Darjah 3

Sekolah Rendah Tahap 2 – Darjah 4 hingga Darjah 6

Sekolah Menengah Rendah (SMR) – Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

Sekolah Menengah Atas (SMA) – Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5

Harus kita sedari bahawa matapelajaran matematik merupakan matapelajaran yang universal yakni matapelajaran yang wajib dan sentiasa dipelajari dari Sekolah Rendah sehinggalah Sekolah Menengah. Dengan kata lain, tahap pembelajaran matematik ini akan semakin sukar dari suatu peringkat ke suatu peringkat yang lain.

Subjek matematik bukannya subjek yang dipelajari pada tahap-tahap tertentu sahaja seperti geografi, kemahiran hidup yang hanya dipelajari sewaktu peringkat Sekolah Menengah Rendah sahaja. Manakala subjek sejarah hanya dipelajari ketika di sekolah menengah dan bukannya sewaktu sekolah rendah.

Jika seseorang pelajar itu adalah lemah dalam subjek matematik ketika belajar Tahap 1 di sekolah rendah, maka dia akan sukar untuk mempelajari dan menguasai subjek matematik ketika berada di Tahap 2.

Begitu jika seseorang pelajar tidak dapat menguasai matapelajaran matematik ketika belajar peringkat SMR, maka dia akan sukar mempelajari matematik peringkat SMA apatah lagi subjek-subjek di peringkat SMA memerlukan asas algebra yang kukuh untuk menguasai matapelajaran elektif seperti Matematik Tambahan, Fizik, ataupun Kimia.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila pelajar-pelajar sentiasa gagal dalam ujian mahupun peperiksaan dalam subjek-subjek sains yang kritikal ini khususnya Matematik Tambahan, Fizik, ataupun Kimia.

Ilmu algebra merupakan ilmu asas untuk menguasai matematik. Contohnya adalah persamaan serentak, kuasa dua, pecahan, dan sebagainya di peringkat SMR. Jika seseorang pelajar itu lemah dalam menguasai topik-topik ini, bagaimana seseorang pelajar itu boleh menguasai subjek matematik pada peringkat seterusnya yakni peringkat SMA?

Pelajar-pelajar harus diberi penekanan dan perhatian guru dan ibu bapa untuk menguasai ilmu algebra matematik sejak daripada sekolah rendah lagi. Apabila dapat menguasai matapelajaran matematik sejak bangku sekolah rendah lagi, maka tahap kesukaran untuk menguasai subjek matematik di peringkat sekolah menengah dapat dikurangkan.

Apa yang membimbangkan ialah latar belakang pendidikan ibu bapa itu sendiri. Jika ibu bapa mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, maka ia tidak akan menjadi masalah untuk mengajar anak-anak membuat latih tubi matematik di rumah. Jika ibu bapa yang berada di kawasan pedalaman, maka mungkin sukar untuk mengajar anak-anak mereka untuk membuat latihan matematik melainkan mengharapkan pengajaran guru di sekolah semata-mata.

Tahap pendidikan negara adalah digubal bagi tempoh setiap 10 tahun sekali di mana tahap pendidikan ini adalah dinaikkan dari semasa ke semasa. Mungkin hari ini tahap pembelajaran matematik darjah 6 adalah sama dengan tahap kesukaran matematik tingkatan 2 10 tahun dahulu. Ia memerlukan proses penaakulan, menganalisis, dan pengiraan yang lebih tinggi lagi.

Oleh itu, penekanan asas algebra yang kukuh perlu diterapkan sejak permulaan sekolah lagi agar pelajar tidak tercicir dalam pelajaran pada peringkat seterusnya.

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.my

Wednesday, April 13, 2016

Selesaikan Masalah Anda

 
"Masalah tidak dapat dielak. Jika anda cuba mengelak daripada masalah, masalah akan datang juga. Oleh itu, cuba selesaikan masalah anda."
 
Tun Daim Zainuddin

Forbes bukanlah ukuran


"Ranking di dalam Forbes bukanlah ukuran kejayaan seseorang usahawan. Kejayaan seseorang usahawan ialah berapa banyak benih usahawan yang berjaya dibajainya tumbuh sepertinya."
Tun Daim Zainuddin

Tuesday, April 12, 2016

Jika orang cina menggunakan sempoa mereka....


 
"Jika orang cina menggunakan sempoa mereka, saya akan mengikut gerak hati saya."
Tun Daim Zainuddin

Friday, April 8, 2016

Antara 1998 dan 2016



2016 - Dr. Mahathir Protes Najib
 
 
1998 - Anwar Ibrahim protes Dr. Mahathir

Wednesday, April 6, 2016

Buku BSAD di Jualan MPH di PICC Putrajaya


Buku BSAD di Popular Seremban 2


2 Hukum Bekerja dengan Orang Lain


2 Hukum bekerja dengan orang lain :

Hukum Pertama : Boss anda sentiasa betul.

Hukum Kedua : Apabila Boss anda melakukan kesalahan, gunakan Hukum Pertama tadi.

Terima kasih.

Gaji Mohd Najib

 
"Menurut laporan sebuah portal antarabangsa, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini. Kajian yang dilakukan portal Listabuzz April 2015, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun. Secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan. Kalau tak betul, minta PMO jawab."
 
Datuk A. Kadir Jasin

Sunday, April 3, 2016

Mengapa Kereta Dutson 1970-an Masih Bertahan Sehingga Hari Ini?


Adakah anda perasan bahawa kereta-kereta Dutson yang dibeli pada tahun 1970-an masih boleh berada di atas jalan raya pada hari ini sedangkan usianya sudah melebihi 30 tahun? Malah mileagenya sudah mencecah 590,000 km!

Kereta Dutson tahun 1978 untuk dijual pada harga RM2,500. Mileagenya sudah mencecah 590,000 km!
Sumber : carlist.my
Sebenarnya, ini adalah teori ekonomi kereta untuk pengeluar-pengeluar produk atau spare part kereta untuk kita fikirkan bersama.

Tahukah anda sebenarnya kereta-kereta yang dibuat pada tahun 1970-an adalah direka supaya ia boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Dengan kata lain, ia mempunyai kualiti yang sangat tinggi.

Malangnya, apabila produk-produk atau spare part kereta ini tahan lama, ia sebenarnya membuatkan keadaan di mana pengeluar-pengeluar produk kereta tidak dapat menjana ekonomi mereka. Keadaan ini di mana pemilik-pemilik kereta tidak akan menukar spare-part kereta mereka kerana spare-part kereta mereka adalah sukar untuk rosak.

Apabila diadakan persidangan automobil di Jepun, semua pengeluar-pengeluar kereta telah bersetuju supaya barangan spare-part yang dikeluarkan oleh syarikat masing-masing hanya boleh bertahan hanya sehingga tempoh 5 tahun sahaja.

Ini akan membuatkan semua pemilik kereta akan menukar spare-part kereta mereka setiap 5 tahun apabila ianya rosak. Secara tidak langsung, ini akan menjana ekonomi syarikat-syarikat pembuat kereta kerana barangannya sentiasa ada permintaan.

Jika anda tidak percaya, apakah spare-part kereta anda tidak pernah rosak apabila usianya sudah mencecah 5 tahun?

Wallhua’lam.