Wednesday, July 1, 2015

Apabila Ayat-ayat al-Quran Sudah Menjadi Teori.

“Waqaf itu sungguh indah tetapi realitinya ia sukar dilaksanakan di Malaysia...”

Begitulah ungkapan kata-kata seorang Pensyarah UiTM yang masih ingat ketika saya menjadi ahli jawatankuasa ketika ingin menubuhkan institusi waqaf di organisasi saya.
Memang benar waqaf itu sungguh indah dilaksanakan pada zaman dahulu. Sehingga seseorang itu akan berada dalam buaian hasil waqaf, belajar menggunakan hasil waqaf, dan mati pun menggunakan kafan hasil waqaf. Tetapi, realiti hari ini waqaf sukar dilaksanakan di Malaysia disebabkan oleh prosedur perundangan yang menyukarkan ianya dilaksanakan sepenuhnya.
Itu adalah mengenai waqaf di Malaysia. Bagaimana dengan sistem muamalat kita yang kini sudah tepu dibelenggui dengan riba? Saya pernah bertanyakan mengenai kadar faedah pinjaman perumahan yang diambil oleh rakan saya. Katanya faedah pinjaman perumahannya adalah memang tinggi. Tetapi, ini bukan masalah riba’ tetapi ini adalah realiti pada hari ini katanya yang terpaksa mengambil pinjaman yang mempunyai kadar faedah tersendiri.
Padahal, amaran Allah s.w.t. supaya meninggalkan riba’ sudah terang disebutkan dalam al-Quran :

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” al-Baqarah : 278-279
Walhal, ayat al-Quran ini merupakan amaran Allah s.w.t. secara terus dan bukannya secara perumpamaan. Jika seseorang itu mengambil riba’, dia laksana mengisytiharkan perang Allah s.w.t. dan RasulNya. Realitinya pada hari ini, semua orang mengambil riba’ dalam memenuhi kehidupan mereka pada hari ini kerana keterpaksaan dalam memenuhi keperluan asas masing-masing.
Ini belum lagi menyentuh suruhan-suruhan Allah s.w.t. yang lebih konkrit dan lebih kompleks yang memerlukan perbahasan yang lebih lanjut di kalangan ulama’. Suruhan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai hudud. Di Pakistan umpamanya yang pernah melaksanakan hudud. Tetapi, terdapat satu kes di mana terdapat seorang wanita yang dirogol. Malangnya, ketika wanita ini ingin membuat laporan polis, beliau perlu membawa 4 orang saksi untuk membuktikan bahawa beliau dirogol. Tidak lama selepas itu, undang-undang hudud tidak dilaksanakan lagi di Pakistan.
Tetapi, umat Islam masih lagi sanggup berpegang lagi dengan ayat-ayat Allah s.w.t. apabila menyentuh dengan isu-isu kekeluargaan yakni nikah dan perceraian. Di manakah silapnya kita pada hari ini? Seolah-olah ayat-ayat al-Quran sebahagiannya diambil dan sebahagiannya tidak di amalkan. Firman Allah s.w.t. :

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?” al-Baqarah : 85

Adakah keadaan hari ini menidakkan amaran-amaran dan perintah-perintah Allah s.w.t. dalam al-Quran dan menjadikan ayat-ayat ini hanya menjadi teori sahaja dan secara realitinya ia tidak dapat dilaksanakan?
Wallhua’lam.

1 comment:

Tho Ha said...

Sy masih dibelenggu riba. Sy berazam utk meninggalkannya dengan menyelesaikan semua hutang2 tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Sy menambahkan lagi dosa-dosa riba.

Sy terhidu bau hangit & tiba2 motor terhenti. Sy sorong motor ke Caltex.Sy gunakan kad debit Maybank utk beli minyak hitam tetapi cashier ckp minimum RM30. Nasib baiklah cashier tu bijak. Dia charge kad debit sy RM30 & baki dia berikan kepada sy. Dgn baki itu sy pekena teh tarik & roti canai. Sy meneruskan perjalanan tiba2 motor sy beransur2 perlahan & terhenti. Motor boleh start tapi bila tekan gear tak mau jalan. Sy penasaran. Petrol penuh & minyak hitam baru ganti. mungkin masalah gear, fikir sy. Nasib baik abg motor tolong tolak motor sy dgn kaki sehingga ke kedai motor.

Barulah sy tahu rupa2nya rantai motor jatuh, tak sedar kat mana jatuh. Berapa bang? semua sekali RM50. Alamak !! Baki minyak hitam adalah RM10. Abg ... kalau rantai sajer berapa? RM40. Sy ada RM10 je. Mekanik tu pinjamkan motor dia & sy keluarkan RM30 di BSN.

Habislah bajet sy utk sepanjang bulan tersebut. Gaji lambat lagi. Kat sapa nak merayu ??

Sy terus ke kaunter RHB Easy Loan di Giant. Dipendekkan cerita sy berjaya membuat loan RM20K dgn riba yg melampau. Sy buat full settlement hutang Easy Loan terdahulu. Geleng2 Kepala Pegawai Bank RHB. Knp tak pinjam dgn kami? Tengok jadual pembayaran. Jauh berbeza.

Hari yg sama sy keluarkan RM5000 byr kad kredit Maybank & tutup a/c. Kad Kredit Bank Islam sudah settle sebelum ini.

Sebenarnya sy boleh tutup terus kad kredit Citibank tapi masalahnya penyata dihantar ke rumah kakak sy. Jadi sy bayar Citibank sikit2 supaya kakak sy tak perasan, Maybank pula tidak pernah menghantar penyata kad kredit kecuali notis tunggakan sahaja. Sebulan dua ni tiada notis tunggakan Maybank & setakat ini kakak sy tidak curiga.

Sebelum ini sy pernah transfer ke akaun kakak sy RM20,000 (melalui kaunter, kalu perbankan internet dia ada maximunnya). Tidak lama kemudian sy mendapat khabar kakak sy kehilangan RM20,000. Dia mengeluarkan kesemua RM20,000 dan bawak balik ke rumah bubuh dalam envelop. Didapati envelop duit tersebut telah hilang. Sy tanya kenapa tidak selepas je keluarkan RM20,000 terus ke Bank-Bank yang sepatutnya untuk selesaikan kad kredit kakak sy (kakak sy ada 4 keping kad kredit). Dia cakap tak tahu nak jadi macam ni ... dia bawak balik ke rumah dulu. Apa nak kata .... toyol ambik ? RM20,000 hilang dan hutang kad kreditnya masih RM20,000. Berputih mata sahajalah.

Sebab itu sy tidak mahu kakak sy tahu sy pinjam RM20K. Kalau tahu nahas. Tiap2 bulan sy berikan kakak sy paling minimum RM800. FYI kakak sy bukan setakat hutang kad kredit tapi byk lagi hutang dia yg lain. Tiap kali dpt panggilan telefon masuk bilik air. Keluar bilik air minta duit. Untuk apa ?? Tak boleh bagi tau. Sy pernah kata sy tidak mahu beri duit. Kakak sy kata kalau tak mahu bagi duit sediakan kain kapan. Mau tak mau ........

RM20K yang sy pinjam tinggal sekitar RM8K shj. Kalu tolak Kad Kredit Citi Bank RM3K tinggalkah RM5K. Nak bayar nanti RM30K ++. Tu lah pasal.

Tetapi skrg sy lebih berhemah. Sebelum raya overhauled motor cina tu hentam RM700.00. Hari Raya kedua Pegi Angsana Mall beli telefon RM58 (walaupun dlm bank ada RM8K tapi sy cari telefon murah ke). Di Masjid Muhibbudin Shah, sy bukak kotak telefon tengok ada charger sahaja telefon tiada. Sy tidak berani hendak tuntut, takut Cina tu tuduh sy sudah ambil telefon dan mendakwa telefon hilang.

Nota : Kes Lowyat Cina mendakwa Melayu curi telefon tetapi telefon itu tercicir semasa dikejar. Riwayat lain menyatakan Melayu memulangkan telefon yang tidak original dan mengambil telefon yang original.

Nasihat sy kepada diri sendiri, lain kali kalau beli telefon, depan2 Cina tu bukak kotak telefon. Sy tidak tahu sama ada Cina itu terkhilaf ataupun sabotaj sy tapi sy tidak berani nak pegi ke Angsana Mall takut kena pukul. Biarlah rugi RM58 daripada kena tumbuk pecah cermin mata ... terbang duit lagilah jawabnya dan bersoal jawab pulak dengan polis.