Friday, February 28, 2014

Terima Kasih PTPTN

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Lambang Jiwa Merdeka...

Terima kasih PTPTN. Itulah yang mampu saya katakan kepada PTPTN setelah berjaya melangsaikan hutang-hutang saya dengan izin Allah s.w.t. Hari ini saya pergi terus ke Ibu Pejabat PTPTN di Wisma Chase Perdana untuk memohon Surat Pelepasan Hutang PTPTN setelah selesai semua urusan dengan PTPTN iaitu mendapat pulangan wang tunai selepas diskaun 20 peratus dengan membayar sekaligus tahun lepas dan telah memberhentikan potongan gaji. Surat pelepasan hutang ini bagi saya sebagai tanda saya telah membayar semua hutang PTPTN saya. Bagi jangka panjang, surat ini adalah penting kepada saya untuk mendapat tajaan daripada pihak lain untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan sebagai tanda kontrak saya dengan PTPTN telah selesai. Hari ini merupakan hari terakhir saya berurusan dengan PTPTN. Oleh itu, saya mengambil bergambar di bangunan PTPTN di Wisma Chase Perdana untuk dijadikan kenang-kenangan.

“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang kerana hutang itu mendatangkan kerisauan di malam dan kehinaan di waktu siang.” Maksud Hadis

Alhamdulillah.

3 comments:

Doraemon said...

Tahniah Tuan. Saya akan berusaha seperti Tuan untuk menghabiskan pinjaman PTPTN secepat mungkin.

Tho Ha said...

Kawan Saya Membayar Sebahagian Hutang PTPTN Melalui Akaun Kedua KWSP & Beliau Masih Mempunyai Baki Hutang RM2,000 (Lebih Kurang).

Masa Sy Diploma Dulu Sy Tidak Memohon Sebarang Biasiswa / Pinjaman. Memang, Kakak Sy Akan Masukkan RM Dlm Giro Sy Setiap Bulan. Tapi, Apabila Kakak Sy Dapat Pakwe Baru, Dia Mesti Terlupa Hendak Masukkan Duit Dlm Akaun Sy. Duit Ada Dlm Tangan Hanya 20 sen Sahaja Itu Perkara Biasa.

Oleh Kerana Kakak Asyik Dapat Pakwe Yang Sengkek Je .. (Bukan Menghina Tapi Sy Tahu Kakak Sy Beri Duit Kepada Pakwenya, Lantaran Itu Wang Saku Sy Diabaikan. Cermin Diri Sendiri : Sy Pun Sengkek Gak .. Tu Pasal Sy Tolak Semua Salam Perkenalan Utk Berumahtangga. Hu Hu) Semasa Sy Melanjutkan Pelajaran Seterusnya, Sy Memohon Pinjaman. Saya Pilih Pinjaman JPA Kerana Senang Tak Payah Buat Essay Seperti Permohonan Pinjaman MARA. Rakan Sekelas Yg Mohon JPA Menyesal Kerana MARA Beri RM18,000.00 Sedangkan JPA Beri RM3,000.00 Sahaja Sepanjang Semester. ( Terima Kasih JPA Kerana Dgn Duit Pinjaman Itu Saya Mengambil Lesen B2 )

Selepas Tamat Pengajian, Rasa Mujur Pulak Tidak Mengambil Pinjaman MARA Kerana RM3,000.00 Tu Pun Makan Masa Hendak Melangsaikannya Apatah Lagi Kalau Pinjaman RM18,000.00 .... Fuh !!

Wan Kamarul Ariffin said...

Terima kasih kerana berkongsi cerita..