Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Selamat tahun baru 2012 diucapkan kepada pembaca-pembaca blog saya dan alhamdullilah hari ini kita melangkah hari ke-4 pada tahun baru ini. Masih tidak terlewat kepada kita untuk merancang perbelanjaan kita pada tahun ini kerana kita masih di awal ambang tahun baru. Apakah yang kita harapkan pada tahun 2012 ini? Apakah yang kita ingin lakukan ke atas wang kita pada tahun ini? Adakah kita ingin menambah simpanan atau pelaburan kita ataupun adakah kita ingin menstruktur semula pembayaran pembiayaan kita supaya kita bebas daripada belenggu hutang dengan cepat? Ayuh, fikir-fikirkanlah!
Cuba kita pandang ke belakang iaitu memerhatikan semula sepanjang tahun 2011, apakah simpanan kita semakin bertambah atau berkurang? Apakah hutang kita semakin bertambah ataupun semakin berkurang. Muhasabahlah diri kita semua untuk menilai segala kekurangan dan kelemahan perbelanjaan diri kita. Baiki segala kelemahan yang kita lakukan bermula tahun ini. Semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas. Mudah-mudahan.
Di dalam merancang kewangan kita, kita perlu mengutamakan yang utama terlebih dahulu. Apa yang menjadi kesilapan orang ramai pada hari ini adalah mengutamakan nafsu terlebih dahulu dan membiarkan diri mereka ditambat hutang untuk mendapatkan sesuatu yang di luar kemampuan mereka. Apa yang saya maksudkan di sini ialah sikap orang ramai yang suka menambah kereta baru lagi walhal hutang kereta lama masih belum dibayar. Apa yang lebih malang lagi, ramai di kalangan kita suka 'trade-in' kereta lama untuk mendapatkan kereta baru. Sekiranya terus bersikap begini, bagaimana hutang kita akan habis?
Suka saya ingin disebut di sini ialah mengenai pinjaman PTPTN. Anda harus ingat bahawa selagi mana anda berhutang selagi itu anda perlu membayar hutang anda. Hutang darah dibayar darah dan hutang duit dibayar duit. Ramai yang mengambil sikap sambil lewa mengenai perkara ini. Saya ada beberapa kenalan yang telah disenarai hitam oleh pihak imigresen untuk ke luar negara dan ada yang akan dikenakan tindakan undang-undang untuk ke mahkamah. Rata-ratanya ada yang mengambil sikap berikut terhadap PTPTN:
a. Tidak membayar terus pinjaman PTPTN sejak menamatkan pengajian.
b. Membayar sekali-sekali.
c. Membayar secara konsisten.
Di sini, saya ingin menyentuh 2 perkara di atas iaitu tidak membayar terus pinjaman dan membayar sekali-sekala pinjaman PTPTN. Anda harus ingat bahawa caj pentadbiran PTPTN akan terus naik sekiranya pinjaman anda masih belum habis. Oleh itu, bayarlah secara konsisten untuk membayar pokok pinjaman serta 'menahan' cajnya daripada terus naik.
Berapakah baki hutang yang anda sekarang? Sekiranya anda berjaya menjawab kurang daripada 5 saat, tahniah anda memang pandai mengawal hutang-piutang serta menjaga komitmen anda yang lain. Sekiranya anda tidak tahu berapa hutang anda, cuba hitung-hitungkan berapa jumlah hutang anda mulai sekarang. Ini penting untuk merancang kewangan anda pada masa hadapan.
Rancanglah wang anda dengan cermat setiap masa. Jangan pedulikan kata-kata orang sekiranya anda masih belum melanggar hukum agama dalam mengawal perbelanjaan anda. Apa yang penting kita mementingkan keberkatan dalam merancang perbelanjaan kita. Insya-Allah, Tuhan akan mengurniakan kelimpahan rezeki kepada kita. Wallahua'lam.
Sekian,terima kasih.

No comments:
Post a Comment