Thursday, July 14, 2011

Cekalnya Seorang Pemuda: Khusairie Bani Hashim


"Seseorang pemuda tidak mengatakan sejarah ayahnya merupakan permata hatiku. Seseorang pemuda mengatakan ini adalah aku." Inilah yang merupakan pepatah arab yang patut kita tanam pada diri kita semua dengan meneladani kisah Khusairie Bani Hasim.

Khusairie Bani Hashim adalah seorang usahawan hartanah Melayu yang berjaya sebelum mencecah usia 40-an. Beliau mempunyai lima buah anak syarikat yang melibatkan bidang hartanah, kejuruteraan, bioteknologi, dan pelbagai bidang pelaburan yang melibatkan nilai berpuluh juta ringgit. Namun semua kejayaan ini tidak datang sekelip mata atau melalui jalan mudah.

Semuanya bermula ketika beliau berumur 21 tahun. Beliau telah mengambil langkah berani dengan pergi ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan wang RM50 yang dipinjamkan oleh ibunya. Tujuan beliau adalah mencari pekerjaan. Sewaktu di Kuala Lumpur, beliau hidup merempat dan tidur di kaki lima Masjid India selama 3 bulan berturut-turut. Bagi menjimatkan wang, beliau hanya makan roti canai sebagai hidangan tengah hari manakala air paip dijadikan sebagai minumannya. Wang sebanyak RM50 hanya bertahan selama sebulan sahaja.

Di awal kehidupan beliau di Kuala Lumpur, beliau bekerja sebagai tukang basuh pinggan di restoran mamak di sebelah malam. Sebelah siangnya, beliau mencari kerja lain yang lebih terjamin. Sewaktu itu, ukur lilit pinggan beliau hanya 26 cm dan susuk tubuh yang kurus kering serta muka yang cengkung. Beliau sering dicaci dan dimaki serta dilabel sebagai penagih dadah. Selepas itu, beliau mendapat pekerjaan sebagai pekerja stor di sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan pendapatan RM260 dan pada masa yang sama, beliau bekerja di restotan mamak tersebut.

Selepas 7 bulan berlalu, beliau mendapat kerja sebagai pencuci kereta dan kemudian beralih arah sebagai jurujual kereta di kedai menjual kereta terpakai di Jalan Klang Lama. Beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu bekerja sebagai pencuci kereta. Beliau menceritakan," Saya tidak malu mengatakan dan tidak akan lupa apabila saya pernah dipanggil 'anjing' oleh orang melayu sendiri ketika bekerja di Jalan Klang Lama. Pada ketika itu, Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, namun saya hanya mampu pendam, lagipun siapa saya ketika itu, hanya budak pencuci kereta.

Kehidupan eliau berubah ke arah lebih baik semasa menjadi jurujual kereta. Beliau memperolehi pendapatan sehingga RM2,000 sebulan tetapi tidak kekal lama. Beliau akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja dan menceburi kerjaya bidang hartanah.

Detik ini yang menjadikan beliau terlibat dalam bidang perniagaan hartanah. Semuanya bermula apabila beliau terbaca artikel mengenai kisah kejayaan jutawan dan hartawan duniayang disiarkan dalam majalah Forbes. Enam bulan pertama karier beliau sebagai ejen hartanah menemui kegagalan. Tiada satu pun aset hartanah yang dapat dijual oleh beliau sedangkan pendapatannya berasaskan komisyen. Dua bulan kemudian, kehidupan beliau semakin parah. Beliau terpaksa menjual kereta, motosikal dan terpaksa menaiki bas mini untuk bergerak ke mana-mana. Beliau kemudian membuat kerja sambilan di Kelab Sultan Sulaiman untuk menampung kehidupan yang sukar ketika ini.

Duit simpanan juga habis digunakan. Beliau membuat keputusan berani apabila menggunakanduit terakhir dalam poketnya yang berjumlah RM36 untuk membeli iklan di dalam akhbar The Malay Mail. Walaupun iklan itu mendapat respons tetapi peristiwa pahit berulang kembali.

"Ketika itu saya iklankan rumah mahu dijual berharga RM360,000 yang terletak di Seksyen 3, Petaling Jaya. Selepas iklan disiarkan, ramai yang menelefon dan berjumpa, tetapi disebabkan saya tiada pengalaman menjual dalam berurus niaga, 35 orang daripada pelanggan tidak minat membeli." Ujar beliau.

Ketika itu beliau merasakan sudah hampir berputus-asa sehingga suatu hari beliau menerima panggilan yang membawa sinar baru dalam kehidupan beliau. Seorang lelaki dari Melaka bersetuju membeli rumah tersebut. Pertemuan antara mereka berlangsung pada hari raya Aidiladha dalam suasana hujan lebat. Komisyen yang diterima beliau adalah berjumlah RM5,500 yang merupakan komisyen pertama beliau. Selepas itu, kejayaan demi kejayaan yang diraihnya dan beliau pernah mencatat jualan mencecah RM1 juta.

Beberapa tahun kemudian, beliau berkongsi dengan rakan baiknya menubhkan syarikat hartanah dan bergiat sepenuhnya selepas 2 tahun kemudian iaitu pada tahun 1998. Bermula di Selangor, kini perniagaan beliau berjaya dikembangkan ke Timur Tengah. Semuanya tidak menghairankan sekiranya dilihat komitmen beliau kepada kerja. Katanya." Bagi saya, tiada masa cuti dan setiap hari saya masuk jam 8 pagi dan balik 2 pagi, malah ada ketikanya saya tidur di pejabat.

Kini syarikat beliau iaitu Bani Hashim Gorup Sdn Bhd (Banigroup) telah terlibat dalam bidang pelaburan dan memajukan tanah-tanah rizab melayu yang berjumlah RM50 juta. Misi utama syarikat ini ialah untuk membangunkan, meningkatkan nilai-nilai tanah rizab melayu yang lebih terancanga dan berkualiti.

Daripada kisah suka-duka Khusairie Bani Hashim di atas, dapat kita simpulkan bahawa tiada jalan pintas untuk kita berjaya. Bukannya rolling duit orang dengan membuka akaun bank di facebook dan meminta orang memasukkan duit RM100 ke dalam akaun anda. Dunia ini penuh dengan rezeki yang melimpah-ruah yang disediakan oleh Tuhan kepada mereka yang sanggup mencarinya. Begitu juga dalam bidang perniagaan, jangan kita fikir bahawa kita akan berjaya dalam perniagaan untuk kali pertama. Sebenarnya, banyak ranjau dan duri yang perlu diharungi untuk berjaya dalam dunia perniagaan ataupun bidang lain. Apa yang penting ialah kita perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjaya.

Wallahua'lam.

Sumber:
1. Nazri Kadir, 2010, Berfikir Gaya Trump, PTS Profesional.

English Version

"A boy does not say is a jewel of my father's history. A young man says this is me."This is an Arab proverb that we should be planted in all of us to emulate the story of Bani Hasim Khusairie.Khusairie Bani Hashim is an entrepreneur with a successful Malay land before the age of 40s. He has five subsidiaries involved in property business, engineering, biotechnology, and other investment areas that involve the tens of millions of dollars.But all this success does not come overnight or through the easy way.It all started when he was 21 years old. He has taken a bold step to go to Kuala Lumpur with an ever RM50 money loaned by her mother. His purpose was to find a job. While in Kuala Lumpur, merempat he lived and slept on the sidewalk Masjid India for three consecutive months. To save money, he could only eat roti canai for lunch while the tap water used as a drink. Sum of RM50 only lasted a month.At the beginning of his life in Kuala Lumpur, his work as a dishwasher at the mamak restaurant in the evenings. Brought forth its side, he looked for other jobs more secure. When the circumference of a plate he was only 26 cm and scrawny physique and a concave face. He often condemned and insulted and labeled as drug addicts.After that, he found a job as an employee of a supermarket store in Jalan Tuanku Abdul Rahman with RM260 income and at the same time, he worked at the mamak restotan.After seven months passed, he got a job as a cleaner car and then switched to a car salesman in the used car dealer in Old Klang Road. He has a bitter experience when working as car washers. She tells, "I'm not ashamed to say and will not forget when I once called the" dog "by the Malays themselves while working in Old Klang Road. At that time, God alone knows how I feel, but I can only latent, and besides who I amthen, just a car wash boy.Eliau life changing for the better when a car salesman. He earn up to RM2, 000 per month but did not last long. He finally decided to quit my job and career field of real estate.That makes this moment he was involved in the property business. It all started when he stumbled upon an article about the success story of a world rich millionaires and published in Forbes magazine. First six months of his career as a real estate agent failed. None of the real estate assets that can be sold by him while commission-based income. Two months later, his life was worse. He had to sell cars, motorcycles and mini-buses have to move anywhere. He then worked part time at the Sultan Sulaiman Club for supporting the difficult times.Money savings are exhausted. He made the bold decision when the last menggunakanduit in his pocket, amounting to RM36 to buy ads in The Malay Mail newspaper. While the ad received a response but a flip over again."At that time I want to advertise homes for sale priced at RM360, 000 which is located in Section 3, Petaling Jaya. After the ad aired, many people call and see, but because I had no experience selling in a business, 35 people from the customer is not buying interest." He said.When he felt that it almost gave-up until one day he received a call that brings new rays of his life. A man from Singapore agreed to buy the house. The meeting between them took place on the feast Aidiladha in a heavy rain. Received his commission amounted to RM5, 500 which was his first commission. After that, success after success as an achievement to accomplish, and he has recorded sales of RM1 million.Several years later, he shared with best friend menubhkan real estate company and is fully active after 2 years later in 1998. Starting in Victoria, is now successfully expanded his business to the Middle East. Everything is not surprising if viewed his commitment to the work. He said. "For me, no holidays and every day I went back at 8 am and 2 am, but there were times when I was sleeping in the office.Now his company is the Bani Hashim Gorup Ltd (Banigroup) has been involved in investment and promote Malay reserve land amounting to RM50 million. The company's mission is to develop, enhance the value of more Malay reserve land terancanga and quality.From the story of happiness and misery Khusairie Bani Hashim above, we can conclude that there is no shortcut to success. Instead of rolling the money by opening a bank account on facebook and asked for RM100 people putting money into your account. It is full of things which abundance provided by God to those who are willing to find it. Similarly in business, do we think that we will succeed in the business for the first time. In fact, many mines and downs to be overcome to succeed in business or other fields. What is important is that we should have a high morale to succeed.


Reference:
1. Nazri Kadir, 2010, Berfikir Gaya Trump, PTS Profesional.

1 comment:

alan_downing said...

Sangat berinspirasi perkongsian saudara ini. Untuk mencari hartanah dgn senang dan tepat, boleh layari laman https://housenearby.com.my