Masa muda adalah masa terbaik
untuk menyimpan wang kita dengan sebanyak mungkin di awal kerjaya kita sebelum
kita mendirikan rumah tangga. Apabila kita telah berumah tangga dan
beranak-pinak, maka ia memerlukan banyak komitmen untuk bayaran komitmen kita
seperti rumah, kereta, dan belanja anak-anak.
Semestinya sewaktu muda dan
belum berumah tangga, kita perlu menjana pendapatan pasif kita sebanyak
mungkin. Tidak kira sama ada Tabung Haji, ASB, Koperasi, dan sebagainya. Insya
Allah, kelak, pendapatan yang dapat dijana daripada pendapatan pasif ini yang
dapat menampung perbelanjaan kita kelak khususnya setelah berumah tangga.
Saya teringat suatu ketika
dahulu, ada rakan sekerja yang lebih senior supaya mencarum dengan jumlah yang
tinggi pada setiap bulan dalam Koperasi. Untuk jangka panjang, ia boleh menjana
pendapatan pasif pada masa hadapan dan sekurang-kurangnya dapat menampung
perbelanjaan anak-anak kita. Hakikatnya, itulah yang berlaku. Rasa-rasanya ada
benarnya juga pendapat ini iaitu kita perlu menjana pendapatan pasif sebanyak
mungkin sewaktu di awal kerjaya kita.
Kita perlu berkorban untuk hari
ini untuk mendapat kekayaan pada hari esok. Jika kita hanya tahu bermewah-mewah
sahaja di awal kerjaya kita kerana baru mendapat pendapatan tetap, nescaya ia
akan membawa mudarat kepada kewangan kita pada masa hadapan.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com