Tuesday, August 2, 2011

2 Jenis Keberanian yang Perlu Ada

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada pengunjung-pengunjung setia blog saya sekalian. Pada kali ini, saya ingin membincangkan mengenai peningkatan kualiti diri yang perlu ada pada kita semua untuk meningkat walau di mana kita berada. Salah satu sifat kualiti yang perlu kita ada semua ialah keberanian. Sifat berani bukanlah bermakna kita perlu membabi-buta bertindak untuk melakukan sesuatu. Akan tetapi, sifat berani yang kita perlu ada ialah berani dalam bertindak terhadap sesuatu perkara yang diputuskan dan keberanian dalam bersabar menghadapi masalah.

Keberanian pertama ialah keberanian melaksanakan ataupun mengambil tindakan. Perkara yang kita telah putuskan sama ada dalam perancangan kehidupan kita sama ada dalam dan luar kerja. Tindakan-tindakan yang kita putuskan, perlu dilaksanakan dan dipantau supaya ia berjaya dijalankan. Kita perlu berani walaupun peluang untuk berjaya adalah lebih tipis berbanding risiko untuk gagal. Kebanyakan di luar sana tidak sanggup melakukan atau meneruskan usaha apabila kegagalan yang mungkin diterima. Ramai yang hanya mempunyai niat ataupun sekadar cakap-cakap, tetapi sehingga berpuluh-puluh tahun pun tidak mengusahakan apa yang dicita-citakannya.


Be brave...

Keberanian yang kedua ialah keberanian bersabar apabila menghadapi rintangan dalam menghadapi sesuatu masalah dalam usahanya. Insan yang mempunyai kualiti ini dapat bertahan dan terus-menerus berusaha mengejar apa yang dimpikan. Insan jenis ini tidak hanya berjuang sekali, kemudiannya senyap apabila menghadapi masalah. Pekerjaan mereka tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi, tidak berhenti selagi tidak berjaya.

Keberanian jenis ini dapat kita perhatikan melalui sifat yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin sewaktu menguruskan perbendaharaan negara sewaktu Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi. Ramai yang meramalkan usaha Daim dalam memulihkan ekonomi negara pasti tumpas. Ini adalah kerana ekonomi Malaysia ketika itu sudah dilemahkan dari luar dan dalam. Memulihkan ekonomi ketika itu adalah sukar dan menjadi igauan kepada semua orang. Akan tetapi, melalui usaha-usaha pragmatik yang dipekenalkan oleh Daim, beliau berjaya mengubah ekonomi negara dari pertumbuhan ekonomi negatif 1.1 peratus pada tahun 1984 kepada 8.9 peratus pada tahun 1989!

Dapat kita fahami melalui sifat keberanian ini, ia diperlukan bagi setiap insan yang biasa yang ingin menjadi insan luar biasa. Sifat ini boleh dipupuk dan bukannya dianugerahi secara semulajadi oleh Tuhan. Semoga kita dapat memupuk sifat ini di dalam diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Sumber.
1. No Excuses!, Jangan Berdalih Lagi untuk Berjaya, Brian Tracy, PTS Professional Publishing, 2011.

English Version

Assalamualaikum w.b.t. and Greetings,
Happy Ramadhan and Happy Fasting to visitors of all my loyal blog. At this time, I would like to discuss the need to increase the personal qualities in us all to rise no matter where we are. One of the features of quality that we need to have all of courage. The nature of suicide does not mean we should blindly acting to do something. However, the nature of bravery we should have the courage to act on a matter to be decided and courage in the patient problems.
The first Courage is courage implement or take action. Things that we have decided either in the planning of our lives either inside and outside of work.Actions make a decision, should be implemented and monitored so that it successfully carried out. We must dare to even chance of success is slim compared to the risk of failure. Many out there are not willing to do or continue when the failure of which may be accepted. Many only have the intention or just talk, but so many years did not undertake what he fancies.

Courage is the courage in the patient when faced with resistance in the face of a problem in its efforts. People who have this quality to survive and continue to work hard to ensure that dimpikan. Human nature is not only fought once, then silence when faced with the problem. Their job is not only a warm-hot chicken droppings. They have high morale, do not stop until he was successful.
This kind of courage we can see through the nature owned by Tun Daim Zainuddin, while managing the national treasury when it faced recession. Many predict the effort in the rehabilitation of Daim sure defeat. This is because the Malaysian economy when it is weakened from the inside out. Revive the economy when it is difficult and the sidewalks to all people. However, through the efforts of pragmatic dipekenalkan by Daim, he succeeded in transforming the economy from negative economic growth of 1.1 percent in 1984 to 8.9 percent in 1989!
Can be understood through the courage, it is required for each ordinary human who want to become extraordinary. These properties can be nurtured and not naturally endowed by God. Hopefully we can develop this capacity within us to become better. God willing.
Thank you.
Resources.1. No Excuses!, Do not plead more for Success, Brian Tracy, PTS Professional Publishing, 2011.

No comments: